Monday 20 June 2016

Sambal kering ikan bilis petai cili api

Assalamualaikum,

Ramadhan 15...semoga sihat semuanye..mommy pulak yg kena gastrik 2 hari lepas..sakit sangat selepas berbuka..Alhamdulillah ada ubat dirumah..tapi masih pedih2 lagi perut ni rasanye.. Resepi sambal kering ni mommy dah buat seminggu lepas..tahan lama..husband suka makan ketika sahur..tak perlu nak panaskan..cuma kena banyak makan timun dan minum air lah yerr..nak lawankan bau petai tu...hehhee..jom tengok resepi..


Bahan:
  • 2 genggam ikan bilis (tumbuk sedikit jangan hingga hancur)
  • 10-15 biji cili api (tumbuk juga, ikut pedas yang anda suka)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk)
  • Petai (ikut banyak yang anda suka dan kopek)
  • kicap manis (optional)
Cara-cara:
  • Panaskan kuali dengan minyak yang agak2 cukup untuk ikan bilis tadi 
  • dah agak garing ikan bilis tadi masukkan cili padi dan bawang.. masak sehingga kering sedikit
  • Akhir masukkan kicap manis..kalau xnak letak pun boleh..mommy suka warna hitam sikit.
  • Masukkan sedikit garam..agak2 sebab ikan bilis dah masin..masak hingga betul2 kering..Siap
Sedap makan waktu sahur..goreng telur sebiji..hehhee..Selamat Mencuba


Wednesday 15 June 2016

Roti John Homemade yang sedap...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Ramadhan kali ini cuaca tidak panas seperti diawal tahun ini..cuaca redup dan hujan..dugaan juga pada yang berniaga juadah berbuka dikala hujan, semoga dipermudahkan buat semua..Buat mommy pula bertungkus lumuslah didapur, dari ofis jam 4pm, sempatlah mula memasak sebelum jam 5pm..Kali ni mommy nak share juadah yang mesti dibeli dipasar juadah selalunya..Roti John..Ini kegemaran anak lelaki mommy..setiap hari waktu berbuka dia nak ada Roti John dalam pinggan makan dia..walaupun dia puasa setengah hari saje..hehhehee..




Bahan:
  • 2 biji roti sosej atau roti panjang (mommy guna wholemeal)
  • Daging cincang 
  • Bawang holland atau bawang besar (cincang)
  • Rempah kari daging
  • Sos Tiram
  • Garam
  • Kiub ayam 
  • 3 biji telur
  • Sos cili
  • Sos lada hitam
  • Mayones (mommy xde stok masa ni)
  • Timun atau kobis (pun xde stok masa ni)
  • Marjerin atau butter
Cara-cara:
  • Belah tengah roti sosej jangan sampai putus dan sapukan marjerin atau butter
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • Masukkan bawang dah naik bau masukkan daging cincang, pecah2kan daging tersebut sambil kacau hingga garing.
  • Masukkan serbuk kari sedikit sahaja atau terpulang jika suka rasa kari yang kuat
  • Masukkan sedikit sos tiram dan secubit kiub ayam, sedikit garam masak sehingga sedikit kering..Dah masak, masukkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan telur kedalam daging tadi yg didalam mangkuk dan kacau sedikit sahaja, agak2 pecah kuning telur sudah.
  • Panaskan kuali leper atau pan, basahkan dengan sedikit minyak.
  • Gunakan senduk, ambil sesenduk atau lebih inti tadi letak atas pan dan terus tekapkan roti diatas inti daging dan telur tadi.
  • Tunggu sehingga telur masak balik2kan roti dah garing boleh angkat.
  • Bolehlah letakkan sayur2 yang anda suka di tengah..Mommy letak sos dibahagian atas sahaja.
Siap..Selamat mencuba..memang lagi puas hati buat sendiri. Selamat berbuka.




Monday 13 June 2016

Kuih Bakar Pandan

Salam semua,

Kali ni mommy buat juadah kesukaan rakyat malaysia gitu..walaupun mommy x berapa makan tapi mommy suka nak mencuba juadah kesukaan ahli keluarga mommy..especially kesukaan ibu2 mommy...Kuih Bakar Pandan ni, mommy lihat di blog kak Azie Kitchen..nampak sangat menarik dan pasti ahli keluarga suka nak makan kuih ni..cara2 nye pun sangat mudah..semerbak wangi dapur mommy waktu membakar kuih ni..Iftar ke-8 hari ni mommy berbuka di rumah Mama pula (my mother in-law)..Jadi mommy plan buatkan kuih bakar ini buat Mama, kerana Mama suka berbuka dengan kuih2. Mohon share ye Kak Azie.  Jom tengok resepi.


cantik kejadiannye...

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 cawan air pandan (kisar 6-7 helai daun pandan dan tapis airnye)
  • 2 cawan santan (i guna sebiji kelapa yg diperah)
  • 3 biji telur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit bijan untuk hiasan
Cara-cara:
  • Campur kan kesemua bahan kecuali bijan, I masukkan kedalam blender dan tapis agar halus.
  • Sediakan loyang.  Sapukan minyak atau marjerin pada loyang dan tuang adunan tadi.
  • Panaskan oven 180C bakar selama 1 jam setengah.  Tabur bijan selepas 10 minit adunan masuk kedalam oven.
  • Mommy bakar 1 jam setengah..hasilnye cantik cuma masih sedikit lembik, mungkin anda boleh lebihkan waktu membakar, hati2 jangan sampai hangus dibahagian atas.
  • Habis membakar, tunggu benar2 sejuk baru dipotong.



Rendang Paru Campur Daging dan Kacang Panjang

Salam semua,

Ini lauk iftar ke-7.  Hari ni mommy berbuka dirumah Mak mommy..Jadi mommy plan buat lah satu juadah untuk semua nanti. Rendang paru adalah favourite mommy, kali ni mommy plan campur dengan sedikit daging. Ilham nak campur kacang panjang ni datang dari bestfriens mommy orang Negeri Sembilan..dari kakak dia yang berniaga lauk pauk..jadi mommy trylah..  Memang sedap, pembuka selera gitu..dengan bau rendang tu lagi dari saat atas dapur hinggalah dah sampai rumah Mak mommy memang x sabar nak makan..over tak..hehhehee.


Bahan:
  • Paru (direbus hingga lembut dan dihiris, jangan terlalu nipis)
  • Daging (direbus hingga lembut dan dihiris)
  • Air rebusan dagung
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Jintan manis*
  • Jintan putih*
  • Lengkuas* (optional..mommy x letak..sebab x ada)
  • Cili kisar
  • Rempah rendang (i guna jenama Babas)
  • Kacang Panjang
  • Daun Kunyit
  • Daun limau purut (optional)
  • Kerisik
  • Asam Keping
  • Santan ( boleh juga ditukar kepada susu atau plain yogurt)
Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *
  • Panaskan kuali dan letak minyak, tumis bahan kisar
  • Naik bau, masukkan cili kisar, rempah rendang
  • Masukkan juga daun kunyit yg dikoyak dan daun limau purut
  • Masukkan daging dan paru. Fungsi melembutkan daging dan paru terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses memasak.
  • Terus masukkan santan atau yogurt dan kerisik serta asam keping sedikit air
  • Masukkan garam, gula sedikit dan masak sehingga kering ikut yang anda suka
  • Akhir sekali masukkan kacang panjang, agak kacang panjang sudah masak, boleh tutup api
  • Taburkan hirisan daun kunyit untuk hiasan.
Selamat mencuba dan Selamat berbuka.




Udang Kunyit Masak Thai

Salam Ramadhan...

Lamanyer mommy x menulis..Salam berpuasa bg semua umat Islam..Semoga sihat selalu dan dapat melakukan ibadah berpuasa dengan sempurna..Aamiin..Sejak 3 tahun lepas mommy memang akan masak dirumah di bulan puasa..kalau boleh tidak berbuka diluar.  Selain di rumah mak atau mertua boleh lah...Seronok masak juadah berbuka untuk keluarga ni..InSyaAllah dalam bulan Ramadhan yang indah ini mommy akan kongsikan resepi2 yang mommy sediakan buat keluarga sepanjang Ramadhan ini. Resepi ni mommy tidak dapat dari mana2..ini mommy pandai2 sendiri..anak2 n husband memang suka makan udang..so untuk resepi ni mommy dah buat 2 kali menggunakan udang..pernah juga menggunakan sotong still marvelous..bila tumis lauk ni..husband and anak2 akan kata sedapnye bau..memang sedap baunye and rasa sangat puas hati...jom tengok resepi.


Ini kali kedua masak hidangan udang ni. x banyak just nak habiskan lauk dalam fridge.. 

Bahan: 
  • Udang (kopek kulit selain ekor dan kepala) 
  • Serbuk Kunyit
  • Bawang Merah*
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Bawang Besar atau Bawang Merah dihiris
  • Sos Cili Thai (i guna jenama Maggi)
  • Sos Tiram
  • Garam & gula
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Perap udang bersama serbuk kunyit
  • Tumbuk atau kisar bahan bertanda *
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis
  • Tumis bahan tumbuk dan seterusnye masukkan udang
  • Masukkan terus sos tiram dan sos cili thai..Sos cili thai ni boleh letak banyak ikut selera dan kepedasan yang anda mahu
  • Masukkan sedikit air..perasakan dengan garam dan gula..
  • Akhir sekali boleh masukkan bawang hiris
  • Masakan ini harus cepat, sebab udang x perlu masak lama.

Selamat mencuba dan selamat berbuka.






Wednesday 6 April 2016

Roti John Cheese Sekilo

Assalamualaikum,

Nak update mommy makan petang semalam. Hubby kata dah viral about roti john ni. The best part dekat sangat dengan area rumah kami, tapi kami x tahu selama ni..So dgn pantas terus pegi semalam. Boleh tahan rasa sedap and lain sebab ada cheese yang tebal.

Nak pegi boleh waze atau google map Taman Bukit Teratai Ampang Food Court atau 129 big cup coffee.


Memang puas makan..service pun cepat.


Harga Roti John ni RM10. Ada juga meatball with blackpepper sauce. Air semua dalam big cup u all. So kalau nak share lagi bagus.  Mommy order 1 set roti john, 1 set meatball, 3 air (Vanilla, Mocha and Cocoa). Total rm27.  Sebab puas hati sangat so kami beratur balik and beli lagi 1 set nak bagi my Mak.



Tuesday 5 April 2016

Szechuan Chicken

Assalamualaikum,

Szechuan Chicken atau Ayam Masak Szechuan ni memang popular kalau kita makan di restoran. Resepinyer amat mudah sebenarnye, rasa nye pun sama pada I. The best part anak-anak pun boleh makan.


Bahan:
  • Ayam (potong sederhana kecil)
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • halia dihiris (I suka lebih)
  • 4 tangkai Cili kering (basuh / rendam sebentar)
  • sos tiram
  • kicap manis
  • minyak bijan
  • 1 biji bawang Holland (hiris)
  • Sedikit kiub ayam (optional)
  • Bijan (optional)


Cara-cara;
  • Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan
  • Tumis bawang putih dan halia
  • Masukkan ayam tadi, kacau sedikit dan mula masukkan sos tiram, kicap manis dan minyak bijan
  • Masukkan kiub ayam jika suka, masak sebentar hingga sebati, masukkan sedikit garam untuk rasa. 
  • Boleh masukkan sedikit air jika mahu. Macam I punye sedikit berkuah. Tetapi biasanye lauk ini dimasak kering sedikit. 
  • Dah masak boleh masukkan bawang hiris tadi dan cili kering. Kacau sedikit dah boleh tutup api dan hidang. 
  • Jika suka boleh taburkan bijan (panggang sedikit) dan cashew nuts.. I cuma ada almond, i tabur je. 

Selamat Mencuba!!