Monday, 14 September 2015

Congo Bars

Assalamualaikum,

Tenggelam timbul ladiesmommy kan..so sorry..Straight to the point..1st time buat Congo Bars ni..sangat mudah dan cepat penyediaannya..Anak2 memang suka maybe sebab banyak choc chips bertaburan diatas dan didalam resepi ini..hehehee.




Bahan A:

  • 2 cawan gula perang
  • 2/3 cawan mentega masin
*Resepi ini ada yang menggunakan mixer..ada yang guna spatula sahaja..terpulang tapi kalau guna mixer pukul sikit2 sudah.

Bahan B:
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B, telur satu persatu dan esen vanilla
Bahan C:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 tsp baking powder
  • garam secubit
  • 2 cawan choc chips
Cara-cara:
  1. Gaulkan bahan C kecuali choc chips. Dan masukkan dalam adunan tadi
  2. Dah sebati masukkan choc chips tinggalkan sedikit untuk tabur diatas
  3. Ratakan doh pada dulang pembakar yg telah digris atau guna baking paper lebih kan sedikit.
  4. Tabur choc chips diatas
  5. Panaskan oven. Bakar pada suhu 160C selama 30-40 minit
I bakar selama 40 minit sebab nak extra rangup dibahagian atas. Bahagian dalam tetap lembut. Harumnye semerbak. Tunggu sejuk baru potong.

Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment