Thursday, 29 October 2015

Victoria Sandwich Cake Moist

Victoria Sandwich Cake ni memang popular. Asal usul kek ni ada kena mengena dengan tea time buat Queen Victoria..full story u all boleh rujuk di Wiki etc. I dah cuba a few recipe, but this one memang best. Like I always said, I will always shared the best recipe that I had..even I'm doing business in baking. Ada sesetengah recipe VSC ini agak kering, but for me I suka kek yang agak lembab or moist. Resepi ni I dapat from our mentor di alam maya ini by Kitchen Guardian.




Bahan:

  • 250g mentega
  • 250g gula caster (I guna 180g sahaja + 2 tbsp Syrup Glucose) boleh juga guna Golden Syrup
  • 250g Tepung Naik Sendiri (Ayak)
  • 5 biji telur (anggaran 250g)
  • 1 1/2tsp esen vanilla
  • 3 tbsp susu segar
  • Strawberry pie filling
  • Buah strawberry segar
Panaskan oven 170C

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan esen vanilla, pukul
  3. Masukkan tepung sedikit2 sebanyak 3 bahagian, pukul
  4. Dan masukkan susu segar, pukul sedikit sahaja bagi sebati
  5. Lapikkan bekas membakar dengan kertas bahagi kepada 2 adunan. Nak bakar 1 adunan semua pun boleh. Ini ikut kreativiti anda sendiri.
Bakar selama 30 minit sehingga dah warna keperangan. Oven I agak kuat, masa pembakaran dalam 25 minit.  Keluarkan dari loyang setelah sejuk, hati2 dengan bahagian dasar kek, ia agak lembut..dah sejuk boleh letakkan pie filling dan susun buah strawberry..akhir sekali boleh ayakkan gula icing diatas. Kek ini x perlu dihidang sejuk untuk mengekalkan kelembapan kek tersebut.

Selamat mencuba.


Monday, 26 October 2015

Kari Kepala Ikan Sedap

Assalamualaikum,

Sempena musim jerebu dan musim demam kepialu, disarankan kita makan dirumah sebagai langkah berhati-hati.  Lauk ni I masak last week tapi tergantung sekerat jalan..sibuk katanya...Masa dipasar ternampak kepala ikan merah..terus terfikir nak masak kari kepala ikan. Memang terbaik lauk ni ..




Bahan:
  • Kepala ikan merah
  • 4 sudu besar rempah kari campur sedikit air
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 4 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 1 cawan air asam jawa pekat
  • 1 cawan air masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Bendi dan tomato
  • garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk, halba campur, bawang besar yang dihiris, daun kari.
  2. Dah naik bau, masukkan rempah kari.  Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan air masak,kacau sebati, masukkan kepala ikan. Pastikan air dapat tenggelam ikan.
  3. Masak hingga mendidih sedikit masukkan santan pekat, tomato, bendi, garam dan gula.
Rasa sedikit, tunggu mendidih hingga bendi dan tomato masak. Tutup api. Selamat Menjamu Selera.


Tuesday, 20 October 2015

Shepherd Pie / Cottage Pie

Assalamualaikum,

Sherpherd Pie atau pernah dikenali sebagai Cottage Pie ini adalah makanan yg berasal dari United Kingdom dan Ireland..Asas sajian ini menggunakan daging kambing dan Worcestershire sauce. I jarang masak kambing kecuali untuk bbq, jadi untuk Shepherd Pie ni i gunakan daging kisar.





Bahan-bahan A:
  • 500g daging kisar Ramly
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 3 ulas bawang putih racik
  • lobak merah ikut suka racik atau potong dadu (I racik)
  • sedikit kiub daging
  • Worcestershire sauce (secukup rasa, agak sebati dengan daging)
  • Lada hitam dan garam untuk perasa
  • Minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara:
  1. Tumis kedua bawang, dan masukkan daging
  2. Masukkan lobak merah, Worcestershire sauce, garam, kiub daging.
  3. Masak sehingga kering sedikit..terpulang jika suka lembab pun boleh.
  4. Dah siap boleh masukkan dalam loyang pembakar.
Bahan-bahan B:
  • 4 biji kentang besar, kopek kulit, potong dadu dan rebus 
  • 1 sudu butter
  • 3 sudu susu segar (optional)
  • lada putih
  • garam
  • Cheese cheddar / parmesan (untuk diparut atas mashed potato/boleh letak sedikit didalam mashed potato, ikut selera masing2)
Cara-cara:

Lenyekkan kentang yang telah direbus.  Masukkan garam, butter, lada putih, susu lenyek sehingga rata. Dah siap, letakkan kesemua kentang yang telah dilenyek atas daging tadi dan ratakan menutupi loyang.
Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit..







Thursday, 15 October 2015

Marble Butter Sponge Cake

Assalamualaikum,

Rindu sangat nak blogging..tapi kesibukan dan kesihatan ladiesmommy sekeluarga kurang baik sejak musim jerebu ni...Alhamdulillah kami dah beransur sihat..masih memasak seperti biasa cuma kurang masa pula nak blogging. Dua hari lepas I buka youtube ternampak satu video Marble Butter Sponge Cake ni...tengok video pun boleh bayangkan betapa lembutnye kek ni..Bila baca komen ramai jugak yang buat kek ni memang kata kek ni sangat sedap tapi kejadiannye tak sama macam asal dari Kitchen Tigress ni..I pun ragu-ragu nak buat mulanye...tapi nak sahut cabaran kerana tak pernah buat sponge cake so I proceed. Jom tengok resepi, bagi yang nak mencuba kena ikut betul-betul sukatan dan ikut step by step yang I bagi. Untuk lebih detail boleh tonton video di link ni http://kitchentigress.blogspot.sg/2014/10/marble-butter-sponge-cake-tang-mian.html


Alhamdulillah...kejadiannye cantik.


Kek ni memang sangat ringan masuk mulut pun rasa halus je...

Bahan-bahan A:
  • 60g butter (jika guna unsalted butter, tambah 1/16tsp garam)
  • 45g tepung kek 
  • 30g Full Cream Fresh Milk (sejuk)
  • 20g putih telur (anggaran 1 biji putih telur size A)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 45g kuning telur (anggaran 3 biji kuning telur size A)
*Sila timbang juga telur untuk kepastian
**Sila gunakan telur yang tidak pernah disimpan dalam peti sejuk dan yang pernah dibasuh lama.


Bahan-bahan B:
  • 105g putih telur (anggaran 4 biji putih telur size A)
  • 1/16 tsp cream of tartar
  • 50g gula caster
**sedikit info, I pun confius sukatan 1/16tsp ni. So I gunakan 1/4tsp + 0.6tsp.

Cara-cara untuk Bahan A:
  1. Atas api, dalam periuk kecil, api sederhana cairkan butter, setelah berbuih tutup api dan cepat masukkan tepung kek
  2. Kacau cepat butter dan tepung dah sebati masukkan dalam bekas lain dan cepat-cepat masukkan susu dan kacau sebati.
  3. Masukkak putih telur dan esen vanilla kacau sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji kacau perlahan secara bulatan..Semua teknik ini gunakan handwhisk sahaja.
Cara-Cara untuk Bahan B:
  1. Dalam bekas kering pukul putih telur dengan kelajuan sederhana
  2. Dah agak berbuih sedikit masukkan cream of tartar
  3. Setelah buih agak banyak masukkan gula caster sedikit demi sedikit.
  4. Pukul sehingga bertanduk sahaja dan berhenti (firm peak)
*Sila lihat adunan dari bahan A, jika terdapat buih-buih kacau sedikit untuk matikan buih tersebut, dan masukkan bahan B secara peringkat dengan perlahan dan kacau secara bulatan..semasa masukkan bahan B yang terakhir kacau dengan spatula dengan teknik kaup.

*Ambil sedikit adunan anggaran dlm 1/2 cawan dan tambahkan 1tsp serbuk koko, sebatikan. Ini untuk membuat marble.

Sediakan bekas membakar, lapik dengan kertas sebanyak 2 lapis, masukkan adunan secara peringkat dan titikkan adunan yang ada koko. Ini terpulang dengan cara anda untuk buat marble, boleh juga masukkan semua adunan dan atas sekali titikkan semua adunan koko diatas dan buat marble.

**Panaskan oven 160C untuk 22minit pertama dan letak rak paling bawah dan suhu 180C untuk 10minit tambahan letak pada rak tengah bawah. (sila monitor bahagian atas kek waktu ini, I bakar tak sampai 10 minit). Sila guna cake tester untuk tahu kek sudah masak sepenuhnye.

Dah masak, biarkan sejuk betul baru keluarkan dari acuan. Adunan kek ni agak kecil, esoknye I kena buat lagi, sebab laju betul kami makan.. anak I kata x cukup. Memang puas hati kek ni.
Selamat mencuba, lepas ni akan cuba gandakan adunan sebab tak cukup adunan ni hehehee..