Monday, 26 October 2015

Kari Kepala Ikan Sedap

Assalamualaikum,

Sempena musim jerebu dan musim demam kepialu, disarankan kita makan dirumah sebagai langkah berhati-hati.  Lauk ni I masak last week tapi tergantung sekerat jalan..sibuk katanya...Masa dipasar ternampak kepala ikan merah..terus terfikir nak masak kari kepala ikan. Memang terbaik lauk ni ..




Bahan:
  • Kepala ikan merah
  • 4 sudu besar rempah kari campur sedikit air
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 4 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 1 cawan air asam jawa pekat
  • 1 cawan air masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Bendi dan tomato
  • garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk, halba campur, bawang besar yang dihiris, daun kari.
  2. Dah naik bau, masukkan rempah kari.  Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan air masak,kacau sebati, masukkan kepala ikan. Pastikan air dapat tenggelam ikan.
  3. Masak hingga mendidih sedikit masukkan santan pekat, tomato, bendi, garam dan gula.
Rasa sedikit, tunggu mendidih hingga bendi dan tomato masak. Tutup api. Selamat Menjamu Selera.


No comments:

Post a Comment