Bahan:
- 250g mentega
- 250g gula caster (I guna 180g sahaja + 2 tbsp Syrup Glucose) boleh juga guna Golden Syrup
- 250g Tepung Naik Sendiri (Ayak)
- 5 biji telur (anggaran 250g)
- 1 1/2tsp esen vanilla
- 3 tbsp susu segar
- Strawberry pie filling
- Buah strawberry segar
Panaskan oven 170C
Cara-cara:
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan esen vanilla, pukul
- Masukkan tepung sedikit2 sebanyak 3 bahagian, pukul
- Dan masukkan susu segar, pukul sedikit sahaja bagi sebati
- Lapikkan bekas membakar dengan kertas bahagi kepada 2 adunan. Nak bakar 1 adunan semua pun boleh. Ini ikut kreativiti anda sendiri.
Bakar selama 30 minit sehingga dah warna keperangan. Oven I agak kuat, masa pembakaran dalam 25 minit. Keluarkan dari loyang setelah sejuk, hati2 dengan bahagian dasar kek, ia agak lembut..dah sejuk boleh letakkan pie filling dan susun buah strawberry..akhir sekali boleh ayakkan gula icing diatas. Kek ini x perlu dihidang sejuk untuk mengekalkan kelembapan kek tersebut.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment