Wednesday, 29 July 2015

Butter Chicken

Assalamualaikum...

U all pernah makan tak dishes ni.. I x penah, tapi bila google2...macam sedap jew..so I pun cuba2 buat.. Baru skali I buat, memang bukak selera lauk ni.. Lauk ni sedap dimakan dengan nasi putih, nasi minyak..kenduri kendara ada jugak hidang lauk ni.


Butter Chicken...

Bahan:
  • 2 keping ayam thighs (boneless) / isi ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji cili masak (hiris)
  • 2-5 biji cili padi (hiris) - ikut kalau nak pedas. (I pakai 2 biji jew, hiris besar2 sbb xnak pedas sgt)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 keping cheesedale
  • 200ml susu cair (ikut suka nak banyak mana kuah)
  • sedikit kiub ayam
  • garam
  • serbuk lada hitam

Bahan perap ayam:

  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara-cara:
  1. Perap ayam dengan bahan perap. Perap selama 1 jam (I x sampai 1 jam pun). Masak ayam sehingga kuning, guna pan dengan minyak sedikit dan angkat.
  2. Panaskan kuali dengan butter, tumis cili masak, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan susu cair dan kemudian cheese.
  4. Mendidih masukkan kiub ayam, garam dan serbuk lada hitam
  5. Masukkan ayam tadi. Kuah akan menjadi pekat sedikit, jika rasa pedas tambah sedikit gula. Boleh tambah air panas sedikit jika rasa pekat. 
Selamat mencuba.


Tuesday, 28 July 2015

Macaroni Baked


Assalamualaikum,

This time I share one favorite dishes anak2 ladiesmommy. Macaroni Baked atau Makaroni Bakar melayunyer. Menu ni memang kerap I buat, especially time malas masak lauk pauk... Jemput cuba resepi ni memang sedap..


teruja tak tengok :)

Resepi Macaroni Baked:

3 cawan makaroni (direbus ala dante) dan tos
150gm minced beef ( I suka letak lebih lagi sedap..nak tukar chicken pun ok)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar atau bawang holand (potong dadu)
1 tin kecil sos spagetti @ 1 tin tomato puree (blh pilih..I suka sos spagetti Preego)
Sedikit sos cili (ikut pedas u all nak, I letak sikit sbb anak2 nak makan)
Sedikit sos tomato
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kiub ayam (I potong 4 kiub tu)
1 sudu besar mentega
Optional mixed vegetables kalau suka..I x minat..hehehee

Cara rebus makaroni:

Ala dante - maksud tidak keras dan tidak lembut sangat. Didihkan air letak sedikit garam, mendidih air, masukkan makaroni selama 7-9 minit. Ambil satu makaroni rasa kalau dah ala dante, tutup api dan tos.

Sos Putih

2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale (kalau xde boleh guna keju parut nanti)

Bahan tabur:

Mozarella atau Cheddar yang diparut... (ini kalau xde pun xpe..boleh je guna cheesedale, mana2 yg u all ada stok). I lebihkan mozarella..ikut suka yerr..
Optional boleh letak cili capsicum kat atas.

Cara2 masak makaroni:
  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan daging, masak sehingga kering.
  3. Kemudian masuk sos spagetti atau tomato puri, kiub ayam dan gaul sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula. Setelah pekat tutup api.
Cara2 masak Sos Putih:
  1. Cairkan mentega dalam pan atau periuk kecil.
  2. Masukkan cheesedale, kacau hingga cheese cair
  3. Tuangkan susu, tunggu mendidih masukkan lada sulah, garam dan gula sedikit shj..
  4. Masukkan bancuhan tepung, kacau hingga pekat tutup api.
Sediakan bekas membakar, sapukan mentega pada bekas menbakar.
Masukkan makaroni tadi dulu. Selepas itu curahkan sos putih.
Taburkan keju parut. Jika guna cheesedale, potong2 cheese tu tabur rata. Boleh tabur cili capsicum kalau suka.. I suka..
Akhir bakar selama 35-40 minit pada suhu 160C lihat hingga keperangan macam gambar.

Ada juga kawan I bakar guna microwave tapi x pasti berapa lama...sebab semua bahan2 dah dimasak..kecuali cheese tabur..

Selamat mencuba :)


Monday, 27 July 2015

Biskut Famous Amos


Projek Biskut Famous Amos ni I buat sebelum puasa..kih3...konon nak masuk dalam geng biskut raya..last2 tak terbuat..Biskut ni memang sedap dan popular..Adief kata mommy tak payah beli chipsmore dah.. Nama pun Famous Amos kan..
Resepi ni I dapat dari  Azie Kitchen ...Pada I senang je nak buat biskut ni..follow je resepi dan tips kat sini ok.


sedappp...

Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung (I pakai susu segar)
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Selamat mencuba :) 





Friday, 24 July 2015

Birthday Decoration DIY

Assalamualaikum...
Selain suka memasak. I ni minat deco2. Dari zaman sekolah hingga habis kolej I selalu buat hantaran untuk sedara mara yang terdekat..hehehee..Bila dah jadi mommy ni apa lagi..deco birthday party anak2 lah pulak..DIY ni biasa I akan mula research 2 bulan awal..Ini antara list yang I buat bila planning party anak2 ladiesmommy.

  1. Budget
  2. Tema
  3. Tempat
  4. Jemputan (berapa ramai)
  5. Waktu (ini memudahkan kita pilih menu)
  6. Makanan berat
  7. Makanan ringan atau pemanis
  8. Barang Decoration
  9. Party pack
Macam anak sulung I Adief, now he is 5 years old. So dia dah tahu tema apa dia nak..all the time Superhero larr. This year dia dah pilih tahun lepas lagi..nak tema Spiderman..layannn...
My daughter pulak, Izara she is 2 years old this year..until now kami tak tahu apa yang dia minat..semua benda dia main..sekarang lar baru nampak dia nak pegang patung beruang..itupun ikut mood..so masa dia 1 year..I buat tema rainbow je..n sebab dia kecik lagi..budget pun I buat sikit sahaja..just untuk keluarga terdekat sahaja, my family n in law family dan baby sitter Izara dijemput.

Budget sangat penting tau..sebab takut terover..inilah pentingnye research..Contoh untuk Kek,decoration, makanan (samada nak order atau buat sendiri..ini termasuk mintak mak buat..hahhaha).. 

  • Macam kek, of coarse u all nak yang sedap..so kena tahu lah mana nak order.
  • Untuk decoration.. I selalu search di Pinterest.. u guys search yg Free deco tau..type je nak tema apa..memang banyak lah.lepas tu save and print..beli lah kertas yang cantik sikit..glossy paper kew..atau pun pegi stationery shop..mcm2 kertas ada yg murah sikit..mahal sikit..semua ada..kedai tu pun boleh printkan biasanye..
  • Tempat..like our house ni comel sgt..so I prefer rumah my Mak atau rumah my Mama (in law)..masa Izara 1 year je buat rumah our house..sebab jemputan x ramai.
  • Waktu ni penting..biasa I pilih Teatime..means after lunch so x perlu nak serve lunch kan..but letak jugak lah heavy food..but not in big portion.
  • Barang Decoration..now banyak kedai party.. u all google ok..especially yang area KL ada je sbb I x ingat specific name..nak tema apa budget kecik besar semua ada u all..nanti I tunjuk gambar party Adief and Izara boleh tengok deco I..
  • Makanan..ladiesmommy suka masak kan..so most of the time I masak..ada jugak order sikit..Kek memang I tempah..masa Adief 5 year ini menu dia: 
  1. Mee goreng (masak sendiri)
  2. Nasi lemak kecik (tempah)
  3. Pizza Hut (sponsor by paklong Adief)
  4. Desert (Biskut batik homemade) / Makanan ringan (Nugget, Sandwich telur, Oreo etc.)
  5. Chocholate Cake (tempah)

Gambar2 Party Adief (5 tahun) and Izara (1 tahun)....



Kek chocolate ni memang sedap..tetamu semua suka.. I order dengan @treatsbymerryhearted u all search kat IG ok..kek dia mmg best.






Frame gambar Adief, wording, pelekat air tu semua I dapat dari Pinterest.  I print gambar pakai glossy paper.. Wording dan pelekat air tu I pakai kertas A4 yang tebal sikit.


Tempat kek ni..actually bekas ice cream kek Izara.. I buat deco sendiri pakai ribbon, paperbag..ribbon besar tu I punye hairband dulu..hahaha..besar x..zaman2 free hair dulu..beli untuk pakai dinner. kih3


Desert fruit custard pudding I buat..sedap nih




Ice cream cake..beli kat kedai dah siap ni.

Semua deco ni ladiesmommy buat sendiri..Janji cantik dimata I..hehehee.. Lepas ni not sure nak buat party ke tidak..dengan GST lagi..harga semua dah naik u all..but still DIY lagi murah..bg yang mampu boleh je hire Party Planner...Happy reading u all...










Thursday, 23 July 2015

Crab and Tuna Pizza

Assalamualaikum,

Masih throwback..hehehe.. Kami sekeluarga stay di Ampang (rumah mak) sampai raya ketiga..then balik rumah..lepastu husband dah mula bekerja hari isnin..mood nak masak memang xde..adoiii..so tanya my son Abg Adief.."nak makan apa"..dia kata nak makan pizza..tapi nak pizza yang ada banyak crab...hmmm..stok crab memang ada..tapi saya tambah tuna ala2 kat pizza hut gitu..guna topping thousand island sos. Jom tengok resepi.


tayang gambar dulu...

Bahan doh: ( I pakai tangan )
  • 250 gram tepung high protein
  • 100 gram tepung gandum
  • 8 gram yis (1 tbs)
  • 1/2 sudu teh bread improver (tak letak sebab xde stok)
  • 50ml minyak masak
  • 140ml air
Cara2:
  1. Campur kedua jenis tepung dalam bekas 
  2. Masukkan yis dan gaul rata
  3. Masukkan garam ke dalam campuran tepung dan yis
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan hujung jari
  5. Masukkan  minyak dan gaul lagi sehingga menjadi doh (jika rasa doh kurang air basahkan tgn dan uli sehingga doh menjadi cantik)
  6. Rehatkan doh selama 30 minit..tutup dengan kain lembab
  7. Keluarkan doh dan canai ikut ketebalan yang anda suka
  8. Cucuk keliling doh dan bahagian tengah doh menggunakan hujung garfu
  9. Letakkan atas dulang pembakar.
Bahan atas pizza:
  • Spaghetti sos (I pakai preego)
  • Thousand Island sos
  • Tuna in olive oil
  • Crab filamen
  • Keju Mozzarella
  • Oregano flakes

Cara2:
  1. Mula2 sapu spaghetti sos pada doh
  2. Tabur oregano flakes sedikit dan rata
  3. letak ikan tuna
  4. letak crab filamen
  5. pumpkan thousand island sos
  6. last tabur keju

*Bakar pada suhu 200 darjah 15 minit.. I bakar 20 minit sebab doh I tebal sikit.  Doh ni lembut dan rangup diluar tau..

Selamat mencuba..





Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum,
Salam perkenalan dari ladiesmommy buat semua...Terdetik untuk menjadi blogger dah lama..hari ini dan saat ini menjadi kenyataan.  Alhamdulillah.Terdahulu ladiesmommy ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua yg sudi berhenti di blog ladiesmommy.

Sedikit tentang ladiesmommy... I isteri dan mommy kepada dua orang anak. Pernah berkhidmat sebagai pramugari di MAS selama 5 tahun..get married and pregnant then resign..selepas itu I mula bekerja di office...different world..macam2 keje dah I buat..kini bekerja dalam industri oil n gas.. Alhamdulillah...


ladiesmommy suka memasak dan suka mencuba masakan...so blog ni akan dipenuhi dengan gambar makanan kot.. InSyaAllah...hehhee.. Gambar masa fly tak dapatlah nak share...sebab dulu ladiesmommy freehair..ampun.... 


Alrite..Tentang lebaran 2015.. tahun ini ladiesmommy beraya di Ampang..kampung I..kalau kampung suami di Kedah dan Penang..kebiasaan pulang ke Kedah dulu..Tahun ni kami temanye Blue Pink..tapi kalau tengok macam rojak jugak color kami tahun ni..hahaha..layan..








Inilah keluarga ladiesmommy yang tersayang..abaikan selipar raya diaorg ni...adoiii

Menu kami every year...kemestian ketupat nasi, ketupat palas, rendang daging,rendang ayam..lepas tu kami akan pilih satu menu yang lain..tahun ni ladiesmommy buat permintaan pada my sister nak Mee Kari..So sorry sebab havoc sangat raya..satu gambar makanan pun xdo..hahahaa.. Nak citer malam raya ladiesmommy buat Marble Cheese Brownies yang super yummy..Resepi I dapat dari blog http://emiliaputeri.blogspot.com/2011/12/step-by-step-marble-cheese-brownies.html ni kawan I ni..sayang dia.  Tayang brownies ladiesmommy satu.




cun tak... :) 

Brownies ni bertahan sampai raya ke-2 jew..sakan depa makan..Resepi ni mudah bagi yang baru berjinak2 nak baking. Yang pastinya resepi ni memang sedap.
Jom tengok resepi.

Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan Brownies :


250gm mentega
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair (I pakai Freshmilk)
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder (BP)
1 tsp soda bikarbonate (SB) 
1 tsp esen vanilla 

Cara-cara:

1. Cairkan mentega (letak dalam periuk, guna api perlahan dah cair mentega, tutup api) Masukkan serbuk koko dalam mentega tadi dan kacau rata.

2.  Handwisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. (kacau sikit2 sudah, I pakai senduk kayu je untuk semua ni)

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 


4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.


5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.


6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.



Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Saya tunggu brownies sejuk sikit. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.

Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak (tapi jenguk2lah bila dah 10 min kalau dah nampak masak tutup api, sebab panas semua oven tidak sama). Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Last selamat mencuba.  InSyaAllah kita bertemu lagi ya..