Thursday, 23 July 2015

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum,
Salam perkenalan dari ladiesmommy buat semua...Terdetik untuk menjadi blogger dah lama..hari ini dan saat ini menjadi kenyataan.  Alhamdulillah.Terdahulu ladiesmommy ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua yg sudi berhenti di blog ladiesmommy.

Sedikit tentang ladiesmommy... I isteri dan mommy kepada dua orang anak. Pernah berkhidmat sebagai pramugari di MAS selama 5 tahun..get married and pregnant then resign..selepas itu I mula bekerja di office...different world..macam2 keje dah I buat..kini bekerja dalam industri oil n gas.. Alhamdulillah...


ladiesmommy suka memasak dan suka mencuba masakan...so blog ni akan dipenuhi dengan gambar makanan kot.. InSyaAllah...hehhee.. Gambar masa fly tak dapatlah nak share...sebab dulu ladiesmommy freehair..ampun.... 


Alrite..Tentang lebaran 2015.. tahun ini ladiesmommy beraya di Ampang..kampung I..kalau kampung suami di Kedah dan Penang..kebiasaan pulang ke Kedah dulu..Tahun ni kami temanye Blue Pink..tapi kalau tengok macam rojak jugak color kami tahun ni..hahaha..layan..








Inilah keluarga ladiesmommy yang tersayang..abaikan selipar raya diaorg ni...adoiii

Menu kami every year...kemestian ketupat nasi, ketupat palas, rendang daging,rendang ayam..lepas tu kami akan pilih satu menu yang lain..tahun ni ladiesmommy buat permintaan pada my sister nak Mee Kari..So sorry sebab havoc sangat raya..satu gambar makanan pun xdo..hahahaa.. Nak citer malam raya ladiesmommy buat Marble Cheese Brownies yang super yummy..Resepi I dapat dari blog http://emiliaputeri.blogspot.com/2011/12/step-by-step-marble-cheese-brownies.html ni kawan I ni..sayang dia.  Tayang brownies ladiesmommy satu.




cun tak... :) 

Brownies ni bertahan sampai raya ke-2 jew..sakan depa makan..Resepi ni mudah bagi yang baru berjinak2 nak baking. Yang pastinya resepi ni memang sedap.
Jom tengok resepi.

Marble Cheese Brownies

Bahan-bahan Brownies :


250gm mentega
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair (I pakai Freshmilk)
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder (BP)
1 tsp soda bikarbonate (SB) 
1 tsp esen vanilla 

Cara-cara:

1. Cairkan mentega (letak dalam periuk, guna api perlahan dah cair mentega, tutup api) Masukkan serbuk koko dalam mentega tadi dan kacau rata.

2.  Handwisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. (kacau sikit2 sudah, I pakai senduk kayu je untuk semua ni)

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 


4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.


5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.


6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.



Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B


Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.

2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Saya tunggu brownies sejuk sikit. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.

Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya buat line panjang-panjang dulu. Pastu tarik ke kanan (guna lidi). Kemudian ke kiri. Selang-seli hingga siap.

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak (tapi jenguk2lah bila dah 10 min kalau dah nampak masak tutup api, sebab panas semua oven tidak sama). Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Last selamat mencuba.  InSyaAllah kita bertemu lagi ya..











2 comments: