Lamanyer mommy x menulis..Salam berpuasa bg semua umat Islam..Semoga sihat selalu dan dapat melakukan ibadah berpuasa dengan sempurna..Aamiin..Sejak 3 tahun lepas mommy memang akan masak dirumah di bulan puasa..kalau boleh tidak berbuka diluar. Selain di rumah mak atau mertua boleh lah...Seronok masak juadah berbuka untuk keluarga ni..InSyaAllah dalam bulan Ramadhan yang indah ini mommy akan kongsikan resepi2 yang mommy sediakan buat keluarga sepanjang Ramadhan ini. Resepi ni mommy tidak dapat dari mana2..ini mommy pandai2 sendiri..anak2 n husband memang suka makan udang..so untuk resepi ni mommy dah buat 2 kali menggunakan udang..pernah juga menggunakan sotong still marvelous..bila tumis lauk ni..husband and anak2 akan kata sedapnye bau..memang sedap baunye and rasa sangat puas hati...jom tengok resepi.
Ini kali kedua masak hidangan udang ni. x banyak just nak habiskan lauk dalam fridge..
Bahan:
- Udang (kopek kulit selain ekor dan kepala)
- Serbuk Kunyit
- Bawang Merah*
- Bawang Putih*
- Halia*
- Bawang Besar atau Bawang Merah dihiris
- Sos Cili Thai (i guna jenama Maggi)
- Sos Tiram
- Garam & gula
- Sedikit air
Cara-cara:
- Perap udang bersama serbuk kunyit
- Tumbuk atau kisar bahan bertanda *
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis
- Tumis bahan tumbuk dan seterusnye masukkan udang
- Masukkan terus sos tiram dan sos cili thai..Sos cili thai ni boleh letak banyak ikut selera dan kepedasan yang anda mahu
- Masukkan sedikit air..perasakan dengan garam dan gula..
- Akhir sekali boleh masukkan bawang hiris
- Masakan ini harus cepat, sebab udang x perlu masak lama.
Selamat mencuba dan selamat berbuka.
No comments:
Post a Comment