Thursday, 20 August 2015

Chicken Rosemary Grilled Sandwich

Assalamualaikum,

Sandwich salah satu favourite breakfast ladiesmommy tau...so for this week I azam nak breakfast sandwich only kat office...So I dah siapkan stok untuk 5 hari untuk bekal ke ofis..Menu sihat, sedap dan jimat gitu..


sebelum masuk bekas bekal....

Bahan:
  • Dada ayam (potong jgn nipis sangat, dpt dalam 5 slices)
  • 1 sudu kecil Rosemary flakes*
  • 2 ulas bawang putih (kisar)*
  • 1 inci halia (kisar)*
  • 1 sudu besar madu*
  • sedikit minyak zaitun*
  • sedikit lada hitam*
  • sedikit garam*
  • Roti Wholemeal
  • Daun Salad ikut suka
  • Sos kegemaran... (Thousand Island, Chili Sauce, etc.) 
Cara-cara:
  1. Dada ayam yang sudah dibersih, lap sedikit dengan kertas tisu.
  2. Perap bersama bahan bertanda * I perap dan letak dibahagian half freezer so boleh bertahan banyak hari kat situ..I akan grilled pagi sebelum pergi keje.
  3. Sediakan non-stick pan..letakkan je ayam tadi sekeping masak sekejap lebih kurang 3 minit.
  4. Sediakan roti, letakkan salad yang disukai, letak ayam yang sudah digrill dan tutup semula dengan roti. Boleh pilih sos yang u all suka..I letak Thousand Island Sos masa ni..esok tukar sos lain pulak.
Sekian...Selamat mencuba..


Tuesday, 18 August 2015

Beef Kebab Roti Pita

Assalamualaikum,

'Kebab'..mesti u all terbayang daging yang dicucuk pada besi dan di salai ditambah dengan sayur2nye kan..Menurut seorang sejarawan makanan arab, Sami Al Hilali, Kebab  berasal dari bahasa arab iaitu "Keba" bermaksud "Berbalik"...back to my resepi...Resepi ni i pandai2 sendiri...a few resepi yg I baca then jadilah resepi ni...sedap sangat sebab husband and anak2 makan sampai licin..rasa macam tak cukup pulak.


so tempting kann....

Bahan:

  • 3 keping belah kepada 2 bahagian Roti Pita Wholemeal (ikut selera u all) 
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 1/2 keping daging kisar (I guna jenama Ramly)
  • 2 sosej blackpepper (I saja tambah)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil rempah kari daging (I guna jenama Babas)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 1/2 sudu besar mayonis
  • garam dan gula
  • Daun salad
Cara-cara:
Inti Kebab.
  1. Guna pan atau kuali masukkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih
  2. Masukkan daging kisar dan tumis hingga kering sedikit
  3. Masukkan sosej, tunggu sosej garing sedikit
  4. Masukkan sos tiram kacau sedikit dan masukkan kicap manis dah sebati boleh masukkan serbuk kari.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan sedikit saja gula..nampak sebati semua tutup api.
  6. Dah sudah boleh masuk kedalam mangkuk, tunggu separuh sejuk boleh masukkan mayonis dan gaul rata.
Guna pan letak panaskan roti pita agar lembut sedikit..seterusya boleh masukkan daun salad dan diikuti dengan inti kebab tadi..jangan penuh sangat...dah boleh hidang..anak2 i terus makan je..boleh tambah sos cili masa makan tu...Sekian...Sangat menyelerakan resepi ni tau..Mengenyangkan juga..


Monday, 17 August 2015

Lemon Grilled Chicken

Assalamualaikum,

Ini menu last week...I berjaya pujuk husband makan western..kalau ikut selera dia, setiap hari lar makan nasi..I suka masak western sebenarnye..mudah dan cepat cara penyediaanya..Lemon Grilled Chicken ni memang sedap dan sangat juicy yang pasti puas hati dan mengenyangkan...




Bahan:
  • 2 bahagian ayam yang dibelah empat
  • 1 sudu besar Rosemary Flakes*
  • 6 ulas bawang putih (kisar)*
  • 1 biji bawang besar (kisar)*
  • 1 sudu besar mentega*
  • 2 biji ubi kentang*
  • 1 biji lobak merah*
  • 1/2 biji jus lemon*
  • lada hitam (ikut suka nak byk mana)*
  • garam*
  • minyak zaitun
  • Parsley Flakes


Cara-cara:
  1. Siram minyak zaitun sedikit atas loyang pembakar dan letak ayam yang sudah dibersih
  2. Letak semua bahan yang bertanda * dan gaul sebati
  3. Akhir sekali tabur Parsley Flakes atas ayam.
Bakar pada suhu 190-200 darjah selama satu jam atau sehingga ayam masak, ini bergantung pada kepanasan oven. I bakar 1 jam sahaja. Lihat hasil diatas..memang lembut dan juicy...cuba k uoolss.





Thursday, 13 August 2015

Kek Minyak Marble

Assalamualaikum,

1st time I buat Kek Minyak  Marble ni..biasa kalau marble buat butter kek atau buat cheese marble.. Kek Minyak ni popular dikalangan blogger2 I tgk..so I pun tumpang sekaki untuk buat.. Bahan dan penyediaan sangat mudah dan cepat.. Hasilnya pun amat puas hati..


Sebelum bakar....


Panas2....


Siap potong masuk bekas..

Bahan:
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula kaster
  • 2 cawan tepung gandum (ayak bersama 1 sudu kecil baking powder)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallet @ sponge cake stabilizer
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla (I letak lebih sikit)
  • 1 sudu kecil esen nenas (terpulang jika nak perisa lain)
  • 2 sudu kecil serbuk koko (ayak kalau boleh)
  • 1 sudu kecil choc emulco
  • 1 sudu besar horlicks (ni I x letak sebab no stock at home)
Cara-cara:
  1. Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla putar lagi
  3. Masukkan minyak masak, putar lagi dan masukkan tepung gandum sedikit2
Bahagikan adunan mengikut berapa warna yg u all nak.. I bahagi kepada 3 adunan.  I letak dalam jug penyukat senang nak tuang adunan tak payah nak pakai scoop..
  1. Bekas pertama I letak serbuk koko dan chocolate emulco
  2. Bekas kedua I letak warna pink dan esen nenas..boleh je u all nak tukar esen strawberry atau pisang ke..
  3. Bekas ketiga I x letak apa2..biar rasa esen vanilla tadi..nak tambah sikit esen pun ok..kalau ada horlicks blh letak..lagi sedap.
Lapik bawah acuan dengan kertas pembakar..sapu sedikit marjerin..kalau pakai spring foam boleh terus tuang..
Tuang adunan warna putih dahulu..mula tuang setiap adunan dari tengah acuan, tuang lebih sikit. Kemudian tuang warna pink dan seterusnya warna coklat..selang seli..I tuang 2 kali je setiap adunan..
Dah tuang semua adunan..boleh mula buat lorekkan, I guna chopstick, I buat lorekan bentuk "U" pada setiap belang2 tadi mula dari luar lorek atas garisan belang2 ikut bulatan..jadilah seperti lorekan diatas.

Guna api atas bawah, pada suhu 160C. Panaskan oven selama 10-15 min, guna rak bawah sedikit sebab x nak atas kek mudah hitam..bakar selama 40-50 minit.. Oven I, 40 minit saja.. jenguk2 lah bila dah 35 minit tu..takut atas kek hitam..guna lidi atau cake tester cucuk ditengah kek secara mengereng..kalau dah x melekat apa2 pada lidi..maknanye kek dah masak.  Tunggu sejuk sikit boleh keluarkan dari acuan..

Hasil kek ni memang puas hati..I suka bila dah simpan semalaman..rasa kek ni makin sedap... Selamat mencuba..






Tuesday, 11 August 2015

Lala masak simple dan sedap

Assalamualaikum,

Lala atau clams antara favourite husband ladiesmommy..every time pergi pasar kalau dia nampak lala ni confirms dia akan amik, sampai anak2 pun dah terjebak suka makan..Semlm kami beli lala yang masih fresh, yang ditempatkan dalam akuarium tu.. so hidup2 lagi. Biasa kalau lauk fresh2 ni ladiesmommy suka masak resepi yang simple, not so heavy mcm steam atau goreng biasa tanpa minyak supaya x hilang rasa segar makanan laut tersebut.


tengok pun tau fresh kan.....

Bahan:
  • Lala/Clams (x kisah jenis apa kulit nipis/kecik/besar..boleh jew)
  • 1 biji Bawang besar*
  • 2 inci Halia*
  • 3-4 biji Bawang putih*
  • 1 batang Serai*
  • 5 biji cili api
  • Daun sup
  • garam
  • gula


Cara-cara:
  1. Basuh lala bersih2 dan tapis.  Hiris bahan bertanda *. Cili api terpulang kalau nak pedas boleh hiris. ( I x hiris)
  2. Masukkan lala ke dalam kuali kering dan bukak api sederhana, nanti air lala akan keluar
  3. Sambil tu kacau2lah lala tersebut, 
  4. Bila air lala dah separuh kering masukkan bahan hiris bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  5. Setelah naik bau, masukkan cili api.  Masak sehingga semua kulit lala terbuka ini bermakna isi lala telah masak.
  6. Sebelum tutup api, masukkan garam dan sedikit gula..sedikit je tau...kacau2 then boleh tutup api.
  7. Letak dalam pinggan hidang dan tabur daun sup yg dihiris...siapppp 

Masakan ini x perlukan minyak dan x perlu tambah air..kecuali kalau u all nak berkuah lar..tp air lala tu pun dah cukup...Lauk ni memang bukak selera..

Selamat mencuba uoolllss..


Monday, 10 August 2015

Chewy Gooey Brownies aka Brownies Kecut

Assalamualaikum,

Another brownies...Lepas ni I akan kerap buat brownies, this week je dah buat 2 kali..itu anak2 je yang makan..they really loves brownies i think??..Resepi Chewy Gooey Brownies aka Brownies Kecut ni lebih mudah dan sangat cepat pembuatannya dari brownies yang penah I buat before..Brownies ni rasa dia pada I not so heavy..my gegurl sekali makan berkeping2 maybe sebab dia senang nak pegang because of the texture.

 
Cantik nampak rekahan dia kan..mcm ni lar rupa brownies kecut...

Bahan:

  • 1 1/3 cawan chocolate chips
  • 5 Tbsp butter @ 68gram
  • 1 tsp vanilla
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan gula caster (boleh kurangkan jika nak)
  • 1/4 tsp garam
  • 3 Tbsp serbuk koko
  • 1/3 cawan tepung gandum
Cara-cara:

  1. Cairkan chocolate chip bersama mentega guna kaedah double boil. (didihkan air dalam periuk, letak chocolate chips dan mentega dalam bekas lain, bila air dah mendidih tutup api baru letak bekas tadi atas air didih tadi, ini supaya mentega dan chocolate chips cair dengan elok dan tidak hangit).
  2. Dalam bekas lain, guna senduk kayu, pukul telur dan gula..agak2 gula hancur saje jgn pukul lebih2.
  3. Masukkan vanilla dan garam..dan masukkan chocolate chips dan mentega yang telah cair tadi.
  4. Ayak serbuk koko bersama tepung gandum...masukkan..kacau sedikit saje bagi sebati.
  5. Semua proses ni I guna senduk kayu sahaja.
  6. Lapik baking paper, biar terkeluar sedikit..senang nanti nak keluarkan..I guna acuan 8x8 inci.
  7. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit
  8. Dah siap keluarkan dari acuan, boleh potong siap2 macam I potong ni dah sejuk baru simpan.
Memang senang, cepat dan sedap brownies ni.. boleh je kalau nak tabur badam, salted karamel atau chocolate chips lagi kat atas brownies ni..kalau nak tambah chocolate chips I cadang kurangkan gula..tapi jangan kurang sangat nanti x jadi kedutnye...hehehe



Selamat mencuba.

Tuesday, 4 August 2015

Ayam Masak Kicap Roasted

Assalamualaikum,

19 Syawal, bulan yang sangat penat dan sibuk sebenarnyer.. Bukan sibuk apa...sibuk makan2, jalan2.  Tapi alhamdulillah, kerana inilah waktu untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan saudara mara, jiran2 dan kawan2.. Musim raya ni ladiesmommy jarang ada rumah, banyak masa dihabiskan beraya atau berada di rumah my mak n my mama.  Punye keletihan beraya sampai dapur pun x berasap.  So semalam kes nak senang terjadilah lauk Ayam Masak Kicap Roasted.  I pernah nampak lauk ni di blog http://emiliaputeri.blogspot.com/ .. Anyway yang ni versi ladiesmommy.


Rasa awesome dan kurang minyak

Ayam Masak Kicap Roasted

Bahan:

6 ketul ayam
2 biji Bawang merah*
3 ulas Bawang putih*
1 inci Halia*
3 sudu besar Kicap Manis Pekat
2 sudu besar Kicap makan lemak manis atau kicap masin (ikut selera masing2)
1 biji ubi kentang potong wedges
1/2 batang Lobak merah potong jejari
Bawang besar hiris ( yg ni I lupa letak semlm)
Daun sup sedikit biris
Sedikit cuka
Sedikit minyak

Cara-cara:

Kisar bahan bertanda *.  Guna bekas tahan panas. Masukkan ayam.
Percikkan sedikit minyak, gaulkan bahan kisar bersama ayam.
Siram rata kicap pekat, kicap makan,.
Letak ubi kentang, lobak merah, bawang hiris
Ratakan dengan sedikit garam, percik sedikit cuka dan tabur daun sup.

Bakar pada suhu 200 celcius selama 50 minit.

Senang..xde tumis2...Ayam pun lembut sampai tulang.

Selamat mencuba.