Another brownies...Lepas ni I akan kerap buat brownies, this week je dah buat 2 kali..itu anak2 je yang makan..they really loves brownies i think??..Resepi Chewy Gooey Brownies aka Brownies Kecut ni lebih mudah dan sangat cepat pembuatannya dari brownies yang penah I buat before..Brownies ni rasa dia pada I not so heavy..my gegurl sekali makan berkeping2 maybe sebab dia senang nak pegang because of the texture.
Cantik nampak rekahan dia kan..mcm ni lar rupa brownies kecut...
Bahan:
- 1 1/3 cawan chocolate chips
- 5 Tbsp butter @ 68gram
- 1 tsp vanilla
- 2 biji telur
- 3/4 cawan gula caster (boleh kurangkan jika nak)
- 1/4 tsp garam
- 3 Tbsp serbuk koko
- 1/3 cawan tepung gandum
Cara-cara:
- Cairkan chocolate chip bersama mentega guna kaedah double boil. (didihkan air dalam periuk, letak chocolate chips dan mentega dalam bekas lain, bila air dah mendidih tutup api baru letak bekas tadi atas air didih tadi, ini supaya mentega dan chocolate chips cair dengan elok dan tidak hangit).
- Dalam bekas lain, guna senduk kayu, pukul telur dan gula..agak2 gula hancur saje jgn pukul lebih2.
- Masukkan vanilla dan garam..dan masukkan chocolate chips dan mentega yang telah cair tadi.
- Ayak serbuk koko bersama tepung gandum...masukkan..kacau sedikit saje bagi sebati.
- Semua proses ni I guna senduk kayu sahaja.
- Lapik baking paper, biar terkeluar sedikit..senang nanti nak keluarkan..I guna acuan 8x8 inci.
- Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit
- Dah siap keluarkan dari acuan, boleh potong siap2 macam I potong ni dah sejuk baru simpan.
Memang senang, cepat dan sedap brownies ni.. boleh je kalau nak tabur badam, salted karamel atau chocolate chips lagi kat atas brownies ni..kalau nak tambah chocolate chips I cadang kurangkan gula..tapi jangan kurang sangat nanti x jadi kedutnye...hehehe
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment