Ini menu last week...I berjaya pujuk husband makan western..kalau ikut selera dia, setiap hari lar makan nasi..I suka masak western sebenarnye..mudah dan cepat cara penyediaanya..Lemon Grilled Chicken ni memang sedap dan sangat juicy yang pasti puas hati dan mengenyangkan...
Bahan:
- 2 bahagian ayam yang dibelah empat
- 1 sudu besar Rosemary Flakes*
- 6 ulas bawang putih (kisar)*
- 1 biji bawang besar (kisar)*
- 1 sudu besar mentega*
- 2 biji ubi kentang*
- 1 biji lobak merah*
- 1/2 biji jus lemon*
- lada hitam (ikut suka nak byk mana)*
- garam*
- minyak zaitun
- Parsley Flakes
Cara-cara:
- Siram minyak zaitun sedikit atas loyang pembakar dan letak ayam yang sudah dibersih
- Letak semua bahan yang bertanda * dan gaul sebati
- Akhir sekali tabur Parsley Flakes atas ayam.
Bakar pada suhu 190-200 darjah selama satu jam atau sehingga ayam masak, ini bergantung pada kepanasan oven. I bakar 1 jam sahaja. Lihat hasil diatas..memang lembut dan juicy...cuba k uoolss.
No comments:
Post a Comment