19 Syawal, bulan yang sangat penat dan sibuk sebenarnyer.. Bukan sibuk apa...sibuk makan2, jalan2. Tapi alhamdulillah, kerana inilah waktu untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan saudara mara, jiran2 dan kawan2.. Musim raya ni ladiesmommy jarang ada rumah, banyak masa dihabiskan beraya atau berada di rumah my mak n my mama. Punye keletihan beraya sampai dapur pun x berasap. So semalam kes nak senang terjadilah lauk Ayam Masak Kicap Roasted. I pernah nampak lauk ni di blog http://emiliaputeri.blogspot.com/ .. Anyway yang ni versi ladiesmommy.
Rasa awesome dan kurang minyak
Ayam Masak Kicap Roasted
Bahan:
6 ketul ayam
2 biji Bawang merah*
3 ulas Bawang putih*
1 inci Halia*
3 sudu besar Kicap Manis Pekat
2 sudu besar Kicap makan lemak manis atau kicap masin (ikut selera masing2)
1 biji ubi kentang potong wedges
1/2 batang Lobak merah potong jejari
Bawang besar hiris ( yg ni I lupa letak semlm)
Daun sup sedikit biris
Sedikit cuka
Sedikit minyak
Cara-cara:
Kisar bahan bertanda *. Guna bekas tahan panas. Masukkan ayam.
Percikkan sedikit minyak, gaulkan bahan kisar bersama ayam.
Siram rata kicap pekat, kicap makan,.
Letak ubi kentang, lobak merah, bawang hiris
Ratakan dengan sedikit garam, percik sedikit cuka dan tabur daun sup.
Bakar pada suhu 200 celcius selama 50 minit.
Senang..xde tumis2...Ayam pun lembut sampai tulang.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment