Wednesday, 25 November 2015

Trifle Pudding Special

Assalamualaikum,

Hari ni I nak share desert kesukaan my family and friends..last time memang kerap buat desert ni..terbaru I bawa ke ofis for our lunch potluck..memang x cukup for them..semua suka..Let me share today, desert yang sangat mudah utk disediakan dan sangat sedap.


so tempting...

Bahan:
  • kek coklat swiss roll, I beli dekat kek King's (boleh guna sponge cake jugak)
  • 1 tin susu cair
  • 1sb gula pasir
  • 4sb tepung kastard campur dengan 1 cawan air, larutkan
  • 1 tin buah-buahan koktail asing kan airnya
  • 1 paket kecil agar2 jeli (I guna perisa raspberi jenama giant)
  • 1 cawan air panas
  • 1 kotak kecil whipping cream
  • buah strawberry segar (ikut suka)
Cara-cara:
  • Potong kek swiss roll dalam lebar 1/2 inci..susun dibahagian bawah dan tepi.
  • Basahkan kek dengan air buah koktail tadi..kalau boleh biar betul2 basah.
  • Taburkan kesemua buah koktail diatas kek.
  • Potong buah strawberi dah susun ditepi2.

I susun macam ni
  • Guna sauce pan, panaskan susu cair dan gula.
  • Susu mendidih sedikit, masukkan bancuhan tepung kastard , kacau hingga pekat dan curahkan keatas buah dan kek tadi..biar kastard mengeras sedikit. susunkan sedikit buah strawberi.
  • Campurkan 1 paket jeli dalam 1 cawan air panas kacau hingga larut, tunggu separuh sejuk, tuangkan perlahan2, kalau boleh jgn rosakkan kastard tadi, nanti x cantik.

bahagian bawah jeli ada strawberi yang disusun..curah jeli dari tepi supaya tidak merosakkan kastard.
  • simpan dalam peti sejuk, biar benar2 sejuk.
  • untuk lapisan atas adalah fresh cream.

I guna jenama ni kotak kecil...

  • Pastikan whipped cream ini benar2 sejuk dan pukul dari kelajuan perlahan hingga sederhana..pukul sehingga kental.
  • Jika nak terus makan boleh letak terus keatas jeli dan susun buah diatas..kalau boleh sejukkan lagi baru sedap nak makan.
  • Fresh Cream ini boleh disimpan dalam bekas lain dan simpan kedalam freezer, bila nak guna baru keluarkan.
separuh dah dimakan

Selamat mencuba!!













Wednesday, 11 November 2015

Ikan Kerapu Thai's Style

Assalamualaikum..

Happy Deepavali to those celebrating..Diam-diam dah masuk bulan November..musim hujan pun dah mula..Alhamdulillah..jerebu pun dah berkurang..Ikan kerapu atau Grouper adalah ikan yang sedap isinya..kali ni I ke pasar dan dapat grouper yang segar..anak-anak ladiesmommy pun suka ikan ni. Thai's food memang boleh diterima oleh semua peringkat masyarakat..kalau nak makan seafood, memang restoran Thai yang akan dicari..Resepi ini sama seperti makan dikedai u all..lagi berselera makan dirumah..hehehe..



Kerapu Thai's Style

Bahan goreng ikan:
  • Ikan Kerapu 
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung jagung
Bahan tumis:
  • 1 biji Bawang Besar, 4 ulas Bawang Putih, 2 inci Halia (ditumbuk/kisar)
  • 1 batang serai dihiris
Bahan kuah:
  • 2 sudu besar cili kering
  • 2 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil perahan limau nipis atau lemon
  • 2 sudu besar sos cili
  • 10 biji tomato kecil atau 3 biji tomato besar belah 4
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 biji cili masak hiris (optional)
  • Sedikit cili capsicum hijau (optional)
  • Sedikit cili api hiris (optional) 
  • gula
  • garam
Cara-cara:
  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam..kemudian salut dengan tepung jagung dan goreng garing..letak dalam bekas yang nak dihidang.
  2. Masuk bahan tumis, dah naik bau masukkan bahan kuah..mula dengan cili kering dah pecah minyak baru masukkan bahan-bahan lain secara peringkat.
  3. Dah masuk semua bahan, dah mendidih boleh tuang keatas ikan...Selamat Mencuba.



Thursday, 29 October 2015

Victoria Sandwich Cake Moist

Victoria Sandwich Cake ni memang popular. Asal usul kek ni ada kena mengena dengan tea time buat Queen Victoria..full story u all boleh rujuk di Wiki etc. I dah cuba a few recipe, but this one memang best. Like I always said, I will always shared the best recipe that I had..even I'm doing business in baking. Ada sesetengah recipe VSC ini agak kering, but for me I suka kek yang agak lembab or moist. Resepi ni I dapat from our mentor di alam maya ini by Kitchen Guardian.




Bahan:

  • 250g mentega
  • 250g gula caster (I guna 180g sahaja + 2 tbsp Syrup Glucose) boleh juga guna Golden Syrup
  • 250g Tepung Naik Sendiri (Ayak)
  • 5 biji telur (anggaran 250g)
  • 1 1/2tsp esen vanilla
  • 3 tbsp susu segar
  • Strawberry pie filling
  • Buah strawberry segar
Panaskan oven 170C

Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan esen vanilla, pukul
  3. Masukkan tepung sedikit2 sebanyak 3 bahagian, pukul
  4. Dan masukkan susu segar, pukul sedikit sahaja bagi sebati
  5. Lapikkan bekas membakar dengan kertas bahagi kepada 2 adunan. Nak bakar 1 adunan semua pun boleh. Ini ikut kreativiti anda sendiri.
Bakar selama 30 minit sehingga dah warna keperangan. Oven I agak kuat, masa pembakaran dalam 25 minit.  Keluarkan dari loyang setelah sejuk, hati2 dengan bahagian dasar kek, ia agak lembut..dah sejuk boleh letakkan pie filling dan susun buah strawberry..akhir sekali boleh ayakkan gula icing diatas. Kek ini x perlu dihidang sejuk untuk mengekalkan kelembapan kek tersebut.

Selamat mencuba.


Monday, 26 October 2015

Kari Kepala Ikan Sedap

Assalamualaikum,

Sempena musim jerebu dan musim demam kepialu, disarankan kita makan dirumah sebagai langkah berhati-hati.  Lauk ni I masak last week tapi tergantung sekerat jalan..sibuk katanya...Masa dipasar ternampak kepala ikan merah..terus terfikir nak masak kari kepala ikan. Memang terbaik lauk ni ..




Bahan:
  • Kepala ikan merah
  • 4 sudu besar rempah kari campur sedikit air
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 4 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 bawang besar dihiris
  • 1 cawan air asam jawa pekat
  • 1 cawan air masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Bendi dan tomato
  • garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk, halba campur, bawang besar yang dihiris, daun kari.
  2. Dah naik bau, masukkan rempah kari.  Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan air masak,kacau sebati, masukkan kepala ikan. Pastikan air dapat tenggelam ikan.
  3. Masak hingga mendidih sedikit masukkan santan pekat, tomato, bendi, garam dan gula.
Rasa sedikit, tunggu mendidih hingga bendi dan tomato masak. Tutup api. Selamat Menjamu Selera.


Tuesday, 20 October 2015

Shepherd Pie / Cottage Pie

Assalamualaikum,

Sherpherd Pie atau pernah dikenali sebagai Cottage Pie ini adalah makanan yg berasal dari United Kingdom dan Ireland..Asas sajian ini menggunakan daging kambing dan Worcestershire sauce. I jarang masak kambing kecuali untuk bbq, jadi untuk Shepherd Pie ni i gunakan daging kisar.





Bahan-bahan A:
  • 500g daging kisar Ramly
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 3 ulas bawang putih racik
  • lobak merah ikut suka racik atau potong dadu (I racik)
  • sedikit kiub daging
  • Worcestershire sauce (secukup rasa, agak sebati dengan daging)
  • Lada hitam dan garam untuk perasa
  • Minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara:
  1. Tumis kedua bawang, dan masukkan daging
  2. Masukkan lobak merah, Worcestershire sauce, garam, kiub daging.
  3. Masak sehingga kering sedikit..terpulang jika suka lembab pun boleh.
  4. Dah siap boleh masukkan dalam loyang pembakar.
Bahan-bahan B:
  • 4 biji kentang besar, kopek kulit, potong dadu dan rebus 
  • 1 sudu butter
  • 3 sudu susu segar (optional)
  • lada putih
  • garam
  • Cheese cheddar / parmesan (untuk diparut atas mashed potato/boleh letak sedikit didalam mashed potato, ikut selera masing2)
Cara-cara:

Lenyekkan kentang yang telah direbus.  Masukkan garam, butter, lada putih, susu lenyek sehingga rata. Dah siap, letakkan kesemua kentang yang telah dilenyek atas daging tadi dan ratakan menutupi loyang.
Bakar pada suhu 180C selama 15-20minit..







Thursday, 15 October 2015

Marble Butter Sponge Cake

Assalamualaikum,

Rindu sangat nak blogging..tapi kesibukan dan kesihatan ladiesmommy sekeluarga kurang baik sejak musim jerebu ni...Alhamdulillah kami dah beransur sihat..masih memasak seperti biasa cuma kurang masa pula nak blogging. Dua hari lepas I buka youtube ternampak satu video Marble Butter Sponge Cake ni...tengok video pun boleh bayangkan betapa lembutnye kek ni..Bila baca komen ramai jugak yang buat kek ni memang kata kek ni sangat sedap tapi kejadiannye tak sama macam asal dari Kitchen Tigress ni..I pun ragu-ragu nak buat mulanye...tapi nak sahut cabaran kerana tak pernah buat sponge cake so I proceed. Jom tengok resepi, bagi yang nak mencuba kena ikut betul-betul sukatan dan ikut step by step yang I bagi. Untuk lebih detail boleh tonton video di link ni http://kitchentigress.blogspot.sg/2014/10/marble-butter-sponge-cake-tang-mian.html


Alhamdulillah...kejadiannye cantik.


Kek ni memang sangat ringan masuk mulut pun rasa halus je...

Bahan-bahan A:
  • 60g butter (jika guna unsalted butter, tambah 1/16tsp garam)
  • 45g tepung kek 
  • 30g Full Cream Fresh Milk (sejuk)
  • 20g putih telur (anggaran 1 biji putih telur size A)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 45g kuning telur (anggaran 3 biji kuning telur size A)
*Sila timbang juga telur untuk kepastian
**Sila gunakan telur yang tidak pernah disimpan dalam peti sejuk dan yang pernah dibasuh lama.


Bahan-bahan B:
  • 105g putih telur (anggaran 4 biji putih telur size A)
  • 1/16 tsp cream of tartar
  • 50g gula caster
**sedikit info, I pun confius sukatan 1/16tsp ni. So I gunakan 1/4tsp + 0.6tsp.

Cara-cara untuk Bahan A:
  1. Atas api, dalam periuk kecil, api sederhana cairkan butter, setelah berbuih tutup api dan cepat masukkan tepung kek
  2. Kacau cepat butter dan tepung dah sebati masukkan dalam bekas lain dan cepat-cepat masukkan susu dan kacau sebati.
  3. Masukkak putih telur dan esen vanilla kacau sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji kacau perlahan secara bulatan..Semua teknik ini gunakan handwhisk sahaja.
Cara-Cara untuk Bahan B:
  1. Dalam bekas kering pukul putih telur dengan kelajuan sederhana
  2. Dah agak berbuih sedikit masukkan cream of tartar
  3. Setelah buih agak banyak masukkan gula caster sedikit demi sedikit.
  4. Pukul sehingga bertanduk sahaja dan berhenti (firm peak)
*Sila lihat adunan dari bahan A, jika terdapat buih-buih kacau sedikit untuk matikan buih tersebut, dan masukkan bahan B secara peringkat dengan perlahan dan kacau secara bulatan..semasa masukkan bahan B yang terakhir kacau dengan spatula dengan teknik kaup.

*Ambil sedikit adunan anggaran dlm 1/2 cawan dan tambahkan 1tsp serbuk koko, sebatikan. Ini untuk membuat marble.

Sediakan bekas membakar, lapik dengan kertas sebanyak 2 lapis, masukkan adunan secara peringkat dan titikkan adunan yang ada koko. Ini terpulang dengan cara anda untuk buat marble, boleh juga masukkan semua adunan dan atas sekali titikkan semua adunan koko diatas dan buat marble.

**Panaskan oven 160C untuk 22minit pertama dan letak rak paling bawah dan suhu 180C untuk 10minit tambahan letak pada rak tengah bawah. (sila monitor bahagian atas kek waktu ini, I bakar tak sampai 10 minit). Sila guna cake tester untuk tahu kek sudah masak sepenuhnye.

Dah masak, biarkan sejuk betul baru keluarkan dari acuan. Adunan kek ni agak kecil, esoknye I kena buat lagi, sebab laju betul kami makan.. anak I kata x cukup. Memang puas hati kek ni.
Selamat mencuba, lepas ni akan cuba gandakan adunan sebab tak cukup adunan ni hehehee..








Friday, 18 September 2015

Nasi Ayam Sedap

Assalamualaikum,

Seminggu sahaja lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Qurban.  Semoga dipermudahkan buat semua...bagi ladiesmommy sekeluarga tahun ini akan pulang ke Kedah, beraya disana..kebetulan Family Day sebelah hubby jatuh pada hari jumaat..sehari selepas Hari Raya Qurban..venue di Pantai Merdeka.  InSyaAllah ada rezeki I update about the Family Day nanti..Back to my resepi..sejak bergelar isteri I sangat kerap masak nasi ayam..setiap kali nak masak I akan google resepi yang berlainan..sehingga lah I pandai2 sendiri..buat resepi sendiri..and now alhamdulillah I dah master buat nasi ayam version I sendiri..ramai dah ahli keluarga yang rasa nasi ayam I ni..ramai yang mintak resepi sebab katanye sedap...hehehee..Alhamdulillah I sentiasa akan share resepi yang ada bagi yang berminat..Jom kita tengok resepi..




yang ni ada flash pulak masa snap pic...


Bahan Sup:
  • Bawang merah / bawang putih / halia (kisar) agak2 utk menumis sup 
  • Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang untuk menumis *
  • 2 kiub ayam
  • 1 sup bunjut
  • Air agak2 tenggelam ayam, lebih kan pun okay
  • Daun sup
  • Bahagian ayam seperti kaki, leher, dan yang sesuai untuk sup
  • 4 bahagian ayam untuk direbus separuh masak dan akan digoreng
Cara-cara:
  1. Dalam periuk besar, sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan *
  2. Masukkan pula bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia)
  3. Masukkan kiub dan sup bunjut
  4. Dah naik bau masukkan air separuh dulu dan masukkan ayam.
  5. Tambah air hingga tenggelam ayam agak2 untuk digunakan masak nasi dan untuk sup
  6. Dah mendidih sebentar boleh keluarkan ayam dan ambil ayam yang hendak digoreng
  7. Ambil kuah sup untuk memasak nasi dan biar sup mendidih lama masukkan garam, tabur daun sup, sup bunjut juga diambil untuk dimasukkan kedalam nasi.
Bahan Nasi:
  • 3 pot beras basmathi (sukat beras sama banyak dengan sup dan lebihkan 1 cawan sup)
  • 2 helai daun pandan (potong pendek sedikit)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 kiub ayam
  • 4 ulas bawang putih tumbuk sedikit
  • Air sup
  • Bawang goreng
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna
  • garam sedikit
Cara-cara:
  1. Basuh beras ketepikan.
  2. Atas api, gunakan periuk nasi, masukkan marjerin
  3. Tumiskan bawang putih bersama daun pandan
  4. Dah naik bau masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sup, beras, serbuk kunyit dan garam
  6. Kacau sebati boleh terus angkat letakkan pada periuk nasi untuk masak seperti masak nasi.
  7. Dah masak nasi, gaul nasi tersebut dan tabur bawang goreng tutup semula. Siap

Bahan Ayam perap:
  • 4 bahagian ayam (I beli ayam potong 6) / ayam direbus separuh masak bersama kuah sup
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap makan
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang kecil (kisar)
  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar) agak2 lebih pun okay
  • 2 sudu kecil minyak bijan (optional)
  • 2 sudu besar madu
Cara-cara:
  1. Ayam yang telah direbus bersama sup tadi, dalam bekas lain masukkan semua bahan perap diatas..gaul sebati, masukkan jugak dibelakang kulit ayam.
  2. Perap lama lagi bagus atau 30 minit sekurang2 nya.
  3. Sediakan minyak untuk menggoreng, saya cadang goreng didalam periuk bertutup.
  4. Ayam tak perlu digoreng lama kerana telah direbus, agak2 dah garing kulit boleh angkat.
  5. Air lebihan perap ayam jangan dibuang.
Bahan Kuah Kicap:
  1. Air lebihan perap ayam tadi diambil, tuang kedalam periuk kecil
  2. Atas api, ambil sedikit kuah sup ayam biar separuh pekat, didihkan. Siap.
Bahan Sos Cili:
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 ulas bawang putih tumbuk sedikit
  • sedikit halia tumbuk (optional, tak nak pun okay)
  • garam (secukup rasa)
  • gula (secukup rasa)
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 keping asam keping
Cara-cara:
  1. Dalam periuk masukkan kesemua bahan, pasang api, didihkan dan rasa. Siap.
Selamat mencuba, I cadangkan ikut betul2 resepi ini mesti puas hati.








Monday, 14 September 2015

Congo Bars

Assalamualaikum,

Tenggelam timbul ladiesmommy kan..so sorry..Straight to the point..1st time buat Congo Bars ni..sangat mudah dan cepat penyediaannya..Anak2 memang suka maybe sebab banyak choc chips bertaburan diatas dan didalam resepi ini..hehehee.




Bahan A:

  • 2 cawan gula perang
  • 2/3 cawan mentega masin
*Resepi ini ada yang menggunakan mixer..ada yang guna spatula sahaja..terpulang tapi kalau guna mixer pukul sikit2 sudah.

Bahan B:
  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B, telur satu persatu dan esen vanilla
Bahan C:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 tsp baking powder
  • garam secubit
  • 2 cawan choc chips
Cara-cara:
  1. Gaulkan bahan C kecuali choc chips. Dan masukkan dalam adunan tadi
  2. Dah sebati masukkan choc chips tinggalkan sedikit untuk tabur diatas
  3. Ratakan doh pada dulang pembakar yg telah digris atau guna baking paper lebih kan sedikit.
  4. Tabur choc chips diatas
  5. Panaskan oven. Bakar pada suhu 160C selama 30-40 minit
I bakar selama 40 minit sebab nak extra rangup dibahagian atas. Bahagian dalam tetap lembut. Harumnye semerbak. Tunggu sejuk baru potong.

Selamat mencuba!!


Monday, 7 September 2015

Churros and Chocolate Dip

Assalamualaikum,

Lamanyerr rasa x update...bukan cuti memasak..tetapi kerana kesibukan dan tidak berapa sihat beberapa minggu lepas. Alhamdulillah dah ada semangat balik nak updates blog ladiesmommy ni..I jarang buat kuih2 untuk minum petang..kalau buat pun sebab dah bosan sangat dan buat sebab anak2..Kali ni I nak update resepi Churros..dah 2 kali I buat..memang laju anak2 makan termasuk mommy dia skali..hehheehe


Churros and Hot Choc Dip

Bahan:
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur size besar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar butter
  • gula icing

Cara-cara:
  1. Dalam periuk masukkan air, garam, butter dan gula didihkan
  2. Setelah mendidih kecilkan api
  3. Sambil kacau adunan masukkan tepung dan terus kacau sebati. Tutup api
  4. Masukkan telur, sebatikan.
  5. Panaskan minyak. Guna api sederhana kecil.
  6. Gunakan acuan bintang. Agak mencabar nak tekan adunan ni sebenarnye.
  7. Goreng hingga kekuningan dan angkat. Sejuk sedikit boleh tabur gula icing diaatas.
Bahan untuk coklat dip:
  • 100gm Coklat masak / agak2 dalam sepotong (I guna brand Le Bourne Choc Milk)
  • 2 sudu besar Susu segar
  • 1 sudu besar Butter
Cara-cara:
  1. Dalam mangkuk kecil, letak kesemua bahan.
  2. Guna teknik double boil. I didihkan air dalam non-stickpan.
  3. Setelah air mendidih, tutup api baru letakkan mangkuk tadi..kacau2 bahan sehingga cair. Sedia untuk mencicah.
Selamat mencuba!!





Thursday, 20 August 2015

Chicken Rosemary Grilled Sandwich

Assalamualaikum,

Sandwich salah satu favourite breakfast ladiesmommy tau...so for this week I azam nak breakfast sandwich only kat office...So I dah siapkan stok untuk 5 hari untuk bekal ke ofis..Menu sihat, sedap dan jimat gitu..


sebelum masuk bekas bekal....

Bahan:
  • Dada ayam (potong jgn nipis sangat, dpt dalam 5 slices)
  • 1 sudu kecil Rosemary flakes*
  • 2 ulas bawang putih (kisar)*
  • 1 inci halia (kisar)*
  • 1 sudu besar madu*
  • sedikit minyak zaitun*
  • sedikit lada hitam*
  • sedikit garam*
  • Roti Wholemeal
  • Daun Salad ikut suka
  • Sos kegemaran... (Thousand Island, Chili Sauce, etc.) 
Cara-cara:
  1. Dada ayam yang sudah dibersih, lap sedikit dengan kertas tisu.
  2. Perap bersama bahan bertanda * I perap dan letak dibahagian half freezer so boleh bertahan banyak hari kat situ..I akan grilled pagi sebelum pergi keje.
  3. Sediakan non-stick pan..letakkan je ayam tadi sekeping masak sekejap lebih kurang 3 minit.
  4. Sediakan roti, letakkan salad yang disukai, letak ayam yang sudah digrill dan tutup semula dengan roti. Boleh pilih sos yang u all suka..I letak Thousand Island Sos masa ni..esok tukar sos lain pulak.
Sekian...Selamat mencuba..


Tuesday, 18 August 2015

Beef Kebab Roti Pita

Assalamualaikum,

'Kebab'..mesti u all terbayang daging yang dicucuk pada besi dan di salai ditambah dengan sayur2nye kan..Menurut seorang sejarawan makanan arab, Sami Al Hilali, Kebab  berasal dari bahasa arab iaitu "Keba" bermaksud "Berbalik"...back to my resepi...Resepi ni i pandai2 sendiri...a few resepi yg I baca then jadilah resepi ni...sedap sangat sebab husband and anak2 makan sampai licin..rasa macam tak cukup pulak.


so tempting kann....

Bahan:

  • 3 keping belah kepada 2 bahagian Roti Pita Wholemeal (ikut selera u all) 
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 1/2 keping daging kisar (I guna jenama Ramly)
  • 2 sosej blackpepper (I saja tambah)
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 2 ulas bawang putih hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil rempah kari daging (I guna jenama Babas)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 1/2 sudu besar mayonis
  • garam dan gula
  • Daun salad
Cara-cara:
Inti Kebab.
  1. Guna pan atau kuali masukkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih
  2. Masukkan daging kisar dan tumis hingga kering sedikit
  3. Masukkan sosej, tunggu sosej garing sedikit
  4. Masukkan sos tiram kacau sedikit dan masukkan kicap manis dah sebati boleh masukkan serbuk kari.
  5. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan sedikit saja gula..nampak sebati semua tutup api.
  6. Dah sudah boleh masuk kedalam mangkuk, tunggu separuh sejuk boleh masukkan mayonis dan gaul rata.
Guna pan letak panaskan roti pita agar lembut sedikit..seterusya boleh masukkan daun salad dan diikuti dengan inti kebab tadi..jangan penuh sangat...dah boleh hidang..anak2 i terus makan je..boleh tambah sos cili masa makan tu...Sekian...Sangat menyelerakan resepi ni tau..Mengenyangkan juga..


Monday, 17 August 2015

Lemon Grilled Chicken

Assalamualaikum,

Ini menu last week...I berjaya pujuk husband makan western..kalau ikut selera dia, setiap hari lar makan nasi..I suka masak western sebenarnye..mudah dan cepat cara penyediaanya..Lemon Grilled Chicken ni memang sedap dan sangat juicy yang pasti puas hati dan mengenyangkan...




Bahan:
  • 2 bahagian ayam yang dibelah empat
  • 1 sudu besar Rosemary Flakes*
  • 6 ulas bawang putih (kisar)*
  • 1 biji bawang besar (kisar)*
  • 1 sudu besar mentega*
  • 2 biji ubi kentang*
  • 1 biji lobak merah*
  • 1/2 biji jus lemon*
  • lada hitam (ikut suka nak byk mana)*
  • garam*
  • minyak zaitun
  • Parsley Flakes


Cara-cara:
  1. Siram minyak zaitun sedikit atas loyang pembakar dan letak ayam yang sudah dibersih
  2. Letak semua bahan yang bertanda * dan gaul sebati
  3. Akhir sekali tabur Parsley Flakes atas ayam.
Bakar pada suhu 190-200 darjah selama satu jam atau sehingga ayam masak, ini bergantung pada kepanasan oven. I bakar 1 jam sahaja. Lihat hasil diatas..memang lembut dan juicy...cuba k uoolss.





Thursday, 13 August 2015

Kek Minyak Marble

Assalamualaikum,

1st time I buat Kek Minyak  Marble ni..biasa kalau marble buat butter kek atau buat cheese marble.. Kek Minyak ni popular dikalangan blogger2 I tgk..so I pun tumpang sekaki untuk buat.. Bahan dan penyediaan sangat mudah dan cepat.. Hasilnya pun amat puas hati..


Sebelum bakar....


Panas2....


Siap potong masuk bekas..

Bahan:
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula kaster
  • 2 cawan tepung gandum (ayak bersama 1 sudu kecil baking powder)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallet @ sponge cake stabilizer
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanilla (I letak lebih sikit)
  • 1 sudu kecil esen nenas (terpulang jika nak perisa lain)
  • 2 sudu kecil serbuk koko (ayak kalau boleh)
  • 1 sudu kecil choc emulco
  • 1 sudu besar horlicks (ni I x letak sebab no stock at home)
Cara-cara:
  1. Putar telur, gula dan ovallet hingga kembang
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla putar lagi
  3. Masukkan minyak masak, putar lagi dan masukkan tepung gandum sedikit2
Bahagikan adunan mengikut berapa warna yg u all nak.. I bahagi kepada 3 adunan.  I letak dalam jug penyukat senang nak tuang adunan tak payah nak pakai scoop..
  1. Bekas pertama I letak serbuk koko dan chocolate emulco
  2. Bekas kedua I letak warna pink dan esen nenas..boleh je u all nak tukar esen strawberry atau pisang ke..
  3. Bekas ketiga I x letak apa2..biar rasa esen vanilla tadi..nak tambah sikit esen pun ok..kalau ada horlicks blh letak..lagi sedap.
Lapik bawah acuan dengan kertas pembakar..sapu sedikit marjerin..kalau pakai spring foam boleh terus tuang..
Tuang adunan warna putih dahulu..mula tuang setiap adunan dari tengah acuan, tuang lebih sikit. Kemudian tuang warna pink dan seterusnya warna coklat..selang seli..I tuang 2 kali je setiap adunan..
Dah tuang semua adunan..boleh mula buat lorekkan, I guna chopstick, I buat lorekan bentuk "U" pada setiap belang2 tadi mula dari luar lorek atas garisan belang2 ikut bulatan..jadilah seperti lorekan diatas.

Guna api atas bawah, pada suhu 160C. Panaskan oven selama 10-15 min, guna rak bawah sedikit sebab x nak atas kek mudah hitam..bakar selama 40-50 minit.. Oven I, 40 minit saja.. jenguk2 lah bila dah 35 minit tu..takut atas kek hitam..guna lidi atau cake tester cucuk ditengah kek secara mengereng..kalau dah x melekat apa2 pada lidi..maknanye kek dah masak.  Tunggu sejuk sikit boleh keluarkan dari acuan..

Hasil kek ni memang puas hati..I suka bila dah simpan semalaman..rasa kek ni makin sedap... Selamat mencuba..






Tuesday, 11 August 2015

Lala masak simple dan sedap

Assalamualaikum,

Lala atau clams antara favourite husband ladiesmommy..every time pergi pasar kalau dia nampak lala ni confirms dia akan amik, sampai anak2 pun dah terjebak suka makan..Semlm kami beli lala yang masih fresh, yang ditempatkan dalam akuarium tu.. so hidup2 lagi. Biasa kalau lauk fresh2 ni ladiesmommy suka masak resepi yang simple, not so heavy mcm steam atau goreng biasa tanpa minyak supaya x hilang rasa segar makanan laut tersebut.


tengok pun tau fresh kan.....

Bahan:
  • Lala/Clams (x kisah jenis apa kulit nipis/kecik/besar..boleh jew)
  • 1 biji Bawang besar*
  • 2 inci Halia*
  • 3-4 biji Bawang putih*
  • 1 batang Serai*
  • 5 biji cili api
  • Daun sup
  • garam
  • gula


Cara-cara:
  1. Basuh lala bersih2 dan tapis.  Hiris bahan bertanda *. Cili api terpulang kalau nak pedas boleh hiris. ( I x hiris)
  2. Masukkan lala ke dalam kuali kering dan bukak api sederhana, nanti air lala akan keluar
  3. Sambil tu kacau2lah lala tersebut, 
  4. Bila air lala dah separuh kering masukkan bahan hiris bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
  5. Setelah naik bau, masukkan cili api.  Masak sehingga semua kulit lala terbuka ini bermakna isi lala telah masak.
  6. Sebelum tutup api, masukkan garam dan sedikit gula..sedikit je tau...kacau2 then boleh tutup api.
  7. Letak dalam pinggan hidang dan tabur daun sup yg dihiris...siapppp 

Masakan ini x perlukan minyak dan x perlu tambah air..kecuali kalau u all nak berkuah lar..tp air lala tu pun dah cukup...Lauk ni memang bukak selera..

Selamat mencuba uoolllss..


Monday, 10 August 2015

Chewy Gooey Brownies aka Brownies Kecut

Assalamualaikum,

Another brownies...Lepas ni I akan kerap buat brownies, this week je dah buat 2 kali..itu anak2 je yang makan..they really loves brownies i think??..Resepi Chewy Gooey Brownies aka Brownies Kecut ni lebih mudah dan sangat cepat pembuatannya dari brownies yang penah I buat before..Brownies ni rasa dia pada I not so heavy..my gegurl sekali makan berkeping2 maybe sebab dia senang nak pegang because of the texture.

 
Cantik nampak rekahan dia kan..mcm ni lar rupa brownies kecut...

Bahan:

  • 1 1/3 cawan chocolate chips
  • 5 Tbsp butter @ 68gram
  • 1 tsp vanilla
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan gula caster (boleh kurangkan jika nak)
  • 1/4 tsp garam
  • 3 Tbsp serbuk koko
  • 1/3 cawan tepung gandum
Cara-cara:

  1. Cairkan chocolate chip bersama mentega guna kaedah double boil. (didihkan air dalam periuk, letak chocolate chips dan mentega dalam bekas lain, bila air dah mendidih tutup api baru letak bekas tadi atas air didih tadi, ini supaya mentega dan chocolate chips cair dengan elok dan tidak hangit).
  2. Dalam bekas lain, guna senduk kayu, pukul telur dan gula..agak2 gula hancur saje jgn pukul lebih2.
  3. Masukkan vanilla dan garam..dan masukkan chocolate chips dan mentega yang telah cair tadi.
  4. Ayak serbuk koko bersama tepung gandum...masukkan..kacau sedikit saje bagi sebati.
  5. Semua proses ni I guna senduk kayu sahaja.
  6. Lapik baking paper, biar terkeluar sedikit..senang nanti nak keluarkan..I guna acuan 8x8 inci.
  7. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit
  8. Dah siap keluarkan dari acuan, boleh potong siap2 macam I potong ni dah sejuk baru simpan.
Memang senang, cepat dan sedap brownies ni.. boleh je kalau nak tabur badam, salted karamel atau chocolate chips lagi kat atas brownies ni..kalau nak tambah chocolate chips I cadang kurangkan gula..tapi jangan kurang sangat nanti x jadi kedutnye...hehehe



Selamat mencuba.

Tuesday, 4 August 2015

Ayam Masak Kicap Roasted

Assalamualaikum,

19 Syawal, bulan yang sangat penat dan sibuk sebenarnyer.. Bukan sibuk apa...sibuk makan2, jalan2.  Tapi alhamdulillah, kerana inilah waktu untuk kita mengeratkan silaturrahim dengan saudara mara, jiran2 dan kawan2.. Musim raya ni ladiesmommy jarang ada rumah, banyak masa dihabiskan beraya atau berada di rumah my mak n my mama.  Punye keletihan beraya sampai dapur pun x berasap.  So semalam kes nak senang terjadilah lauk Ayam Masak Kicap Roasted.  I pernah nampak lauk ni di blog http://emiliaputeri.blogspot.com/ .. Anyway yang ni versi ladiesmommy.


Rasa awesome dan kurang minyak

Ayam Masak Kicap Roasted

Bahan:

6 ketul ayam
2 biji Bawang merah*
3 ulas Bawang putih*
1 inci Halia*
3 sudu besar Kicap Manis Pekat
2 sudu besar Kicap makan lemak manis atau kicap masin (ikut selera masing2)
1 biji ubi kentang potong wedges
1/2 batang Lobak merah potong jejari
Bawang besar hiris ( yg ni I lupa letak semlm)
Daun sup sedikit biris
Sedikit cuka
Sedikit minyak

Cara-cara:

Kisar bahan bertanda *.  Guna bekas tahan panas. Masukkan ayam.
Percikkan sedikit minyak, gaulkan bahan kisar bersama ayam.
Siram rata kicap pekat, kicap makan,.
Letak ubi kentang, lobak merah, bawang hiris
Ratakan dengan sedikit garam, percik sedikit cuka dan tabur daun sup.

Bakar pada suhu 200 celcius selama 50 minit.

Senang..xde tumis2...Ayam pun lembut sampai tulang.

Selamat mencuba.



Wednesday, 29 July 2015

Butter Chicken

Assalamualaikum...

U all pernah makan tak dishes ni.. I x penah, tapi bila google2...macam sedap jew..so I pun cuba2 buat.. Baru skali I buat, memang bukak selera lauk ni.. Lauk ni sedap dimakan dengan nasi putih, nasi minyak..kenduri kendara ada jugak hidang lauk ni.


Butter Chicken...

Bahan:
  • 2 keping ayam thighs (boneless) / isi ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji cili masak (hiris)
  • 2-5 biji cili padi (hiris) - ikut kalau nak pedas. (I pakai 2 biji jew, hiris besar2 sbb xnak pedas sgt)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 keping cheesedale
  • 200ml susu cair (ikut suka nak banyak mana kuah)
  • sedikit kiub ayam
  • garam
  • serbuk lada hitam

Bahan perap ayam:

  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara-cara:
  1. Perap ayam dengan bahan perap. Perap selama 1 jam (I x sampai 1 jam pun). Masak ayam sehingga kuning, guna pan dengan minyak sedikit dan angkat.
  2. Panaskan kuali dengan butter, tumis cili masak, cili padi dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan susu cair dan kemudian cheese.
  4. Mendidih masukkan kiub ayam, garam dan serbuk lada hitam
  5. Masukkan ayam tadi. Kuah akan menjadi pekat sedikit, jika rasa pedas tambah sedikit gula. Boleh tambah air panas sedikit jika rasa pekat. 
Selamat mencuba.


Tuesday, 28 July 2015

Macaroni Baked


Assalamualaikum,

This time I share one favorite dishes anak2 ladiesmommy. Macaroni Baked atau Makaroni Bakar melayunyer. Menu ni memang kerap I buat, especially time malas masak lauk pauk... Jemput cuba resepi ni memang sedap..


teruja tak tengok :)

Resepi Macaroni Baked:

3 cawan makaroni (direbus ala dante) dan tos
150gm minced beef ( I suka letak lebih lagi sedap..nak tukar chicken pun ok)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang besar atau bawang holand (potong dadu)
1 tin kecil sos spagetti @ 1 tin tomato puree (blh pilih..I suka sos spagetti Preego)
Sedikit sos cili (ikut pedas u all nak, I letak sikit sbb anak2 nak makan)
Sedikit sos tomato
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit kiub ayam (I potong 4 kiub tu)
1 sudu besar mentega
Optional mixed vegetables kalau suka..I x minat..hehehee

Cara rebus makaroni:

Ala dante - maksud tidak keras dan tidak lembut sangat. Didihkan air letak sedikit garam, mendidih air, masukkan makaroni selama 7-9 minit. Ambil satu makaroni rasa kalau dah ala dante, tutup api dan tos.

Sos Putih

2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale (kalau xde boleh guna keju parut nanti)

Bahan tabur:

Mozarella atau Cheddar yang diparut... (ini kalau xde pun xpe..boleh je guna cheesedale, mana2 yg u all ada stok). I lebihkan mozarella..ikut suka yerr..
Optional boleh letak cili capsicum kat atas.

Cara2 masak makaroni:
  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan daging, masak sehingga kering.
  3. Kemudian masuk sos spagetti atau tomato puri, kiub ayam dan gaul sebati. Then masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula. Setelah pekat tutup api.
Cara2 masak Sos Putih:
  1. Cairkan mentega dalam pan atau periuk kecil.
  2. Masukkan cheesedale, kacau hingga cheese cair
  3. Tuangkan susu, tunggu mendidih masukkan lada sulah, garam dan gula sedikit shj..
  4. Masukkan bancuhan tepung, kacau hingga pekat tutup api.
Sediakan bekas membakar, sapukan mentega pada bekas menbakar.
Masukkan makaroni tadi dulu. Selepas itu curahkan sos putih.
Taburkan keju parut. Jika guna cheesedale, potong2 cheese tu tabur rata. Boleh tabur cili capsicum kalau suka.. I suka..
Akhir bakar selama 35-40 minit pada suhu 160C lihat hingga keperangan macam gambar.

Ada juga kawan I bakar guna microwave tapi x pasti berapa lama...sebab semua bahan2 dah dimasak..kecuali cheese tabur..

Selamat mencuba :)


Monday, 27 July 2015

Biskut Famous Amos


Projek Biskut Famous Amos ni I buat sebelum puasa..kih3...konon nak masuk dalam geng biskut raya..last2 tak terbuat..Biskut ni memang sedap dan popular..Adief kata mommy tak payah beli chipsmore dah.. Nama pun Famous Amos kan..
Resepi ni I dapat dari  Azie Kitchen ...Pada I senang je nak buat biskut ni..follow je resepi dan tips kat sini ok.


sedappp...

Biskut Famous Amos
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung (I pakai susu segar)
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Selamat mencuba :) 





Friday, 24 July 2015

Birthday Decoration DIY

Assalamualaikum...
Selain suka memasak. I ni minat deco2. Dari zaman sekolah hingga habis kolej I selalu buat hantaran untuk sedara mara yang terdekat..hehehee..Bila dah jadi mommy ni apa lagi..deco birthday party anak2 lah pulak..DIY ni biasa I akan mula research 2 bulan awal..Ini antara list yang I buat bila planning party anak2 ladiesmommy.

  1. Budget
  2. Tema
  3. Tempat
  4. Jemputan (berapa ramai)
  5. Waktu (ini memudahkan kita pilih menu)
  6. Makanan berat
  7. Makanan ringan atau pemanis
  8. Barang Decoration
  9. Party pack
Macam anak sulung I Adief, now he is 5 years old. So dia dah tahu tema apa dia nak..all the time Superhero larr. This year dia dah pilih tahun lepas lagi..nak tema Spiderman..layannn...
My daughter pulak, Izara she is 2 years old this year..until now kami tak tahu apa yang dia minat..semua benda dia main..sekarang lar baru nampak dia nak pegang patung beruang..itupun ikut mood..so masa dia 1 year..I buat tema rainbow je..n sebab dia kecik lagi..budget pun I buat sikit sahaja..just untuk keluarga terdekat sahaja, my family n in law family dan baby sitter Izara dijemput.

Budget sangat penting tau..sebab takut terover..inilah pentingnye research..Contoh untuk Kek,decoration, makanan (samada nak order atau buat sendiri..ini termasuk mintak mak buat..hahhaha).. 

  • Macam kek, of coarse u all nak yang sedap..so kena tahu lah mana nak order.
  • Untuk decoration.. I selalu search di Pinterest.. u guys search yg Free deco tau..type je nak tema apa..memang banyak lah.lepas tu save and print..beli lah kertas yang cantik sikit..glossy paper kew..atau pun pegi stationery shop..mcm2 kertas ada yg murah sikit..mahal sikit..semua ada..kedai tu pun boleh printkan biasanye..
  • Tempat..like our house ni comel sgt..so I prefer rumah my Mak atau rumah my Mama (in law)..masa Izara 1 year je buat rumah our house..sebab jemputan x ramai.
  • Waktu ni penting..biasa I pilih Teatime..means after lunch so x perlu nak serve lunch kan..but letak jugak lah heavy food..but not in big portion.
  • Barang Decoration..now banyak kedai party.. u all google ok..especially yang area KL ada je sbb I x ingat specific name..nak tema apa budget kecik besar semua ada u all..nanti I tunjuk gambar party Adief and Izara boleh tengok deco I..
  • Makanan..ladiesmommy suka masak kan..so most of the time I masak..ada jugak order sikit..Kek memang I tempah..masa Adief 5 year ini menu dia: 
  1. Mee goreng (masak sendiri)
  2. Nasi lemak kecik (tempah)
  3. Pizza Hut (sponsor by paklong Adief)
  4. Desert (Biskut batik homemade) / Makanan ringan (Nugget, Sandwich telur, Oreo etc.)
  5. Chocholate Cake (tempah)

Gambar2 Party Adief (5 tahun) and Izara (1 tahun)....



Kek chocolate ni memang sedap..tetamu semua suka.. I order dengan @treatsbymerryhearted u all search kat IG ok..kek dia mmg best.






Frame gambar Adief, wording, pelekat air tu semua I dapat dari Pinterest.  I print gambar pakai glossy paper.. Wording dan pelekat air tu I pakai kertas A4 yang tebal sikit.


Tempat kek ni..actually bekas ice cream kek Izara.. I buat deco sendiri pakai ribbon, paperbag..ribbon besar tu I punye hairband dulu..hahaha..besar x..zaman2 free hair dulu..beli untuk pakai dinner. kih3


Desert fruit custard pudding I buat..sedap nih




Ice cream cake..beli kat kedai dah siap ni.

Semua deco ni ladiesmommy buat sendiri..Janji cantik dimata I..hehehee.. Lepas ni not sure nak buat party ke tidak..dengan GST lagi..harga semua dah naik u all..but still DIY lagi murah..bg yang mampu boleh je hire Party Planner...Happy reading u all...










Thursday, 23 July 2015

Crab and Tuna Pizza

Assalamualaikum,

Masih throwback..hehehe.. Kami sekeluarga stay di Ampang (rumah mak) sampai raya ketiga..then balik rumah..lepastu husband dah mula bekerja hari isnin..mood nak masak memang xde..adoiii..so tanya my son Abg Adief.."nak makan apa"..dia kata nak makan pizza..tapi nak pizza yang ada banyak crab...hmmm..stok crab memang ada..tapi saya tambah tuna ala2 kat pizza hut gitu..guna topping thousand island sos. Jom tengok resepi.


tayang gambar dulu...

Bahan doh: ( I pakai tangan )
  • 250 gram tepung high protein
  • 100 gram tepung gandum
  • 8 gram yis (1 tbs)
  • 1/2 sudu teh bread improver (tak letak sebab xde stok)
  • 50ml minyak masak
  • 140ml air
Cara2:
  1. Campur kedua jenis tepung dalam bekas 
  2. Masukkan yis dan gaul rata
  3. Masukkan garam ke dalam campuran tepung dan yis
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan hujung jari
  5. Masukkan  minyak dan gaul lagi sehingga menjadi doh (jika rasa doh kurang air basahkan tgn dan uli sehingga doh menjadi cantik)
  6. Rehatkan doh selama 30 minit..tutup dengan kain lembab
  7. Keluarkan doh dan canai ikut ketebalan yang anda suka
  8. Cucuk keliling doh dan bahagian tengah doh menggunakan hujung garfu
  9. Letakkan atas dulang pembakar.
Bahan atas pizza:
  • Spaghetti sos (I pakai preego)
  • Thousand Island sos
  • Tuna in olive oil
  • Crab filamen
  • Keju Mozzarella
  • Oregano flakes

Cara2:
  1. Mula2 sapu spaghetti sos pada doh
  2. Tabur oregano flakes sedikit dan rata
  3. letak ikan tuna
  4. letak crab filamen
  5. pumpkan thousand island sos
  6. last tabur keju

*Bakar pada suhu 200 darjah 15 minit.. I bakar 20 minit sebab doh I tebal sikit.  Doh ni lembut dan rangup diluar tau..

Selamat mencuba..